Tanjung Tirai View, Langkawi
Kalau datang ke Langkawi
tapi tak makan seafood macam pelik la kan hehehehehe.
Disebabkan den memang
merancang nak berjalan-jalan ke Dataran Lang selepas makan malam, makanya kita
cari la kedai makan yang terletak berdekatan Dataran Lang yang reviewnya agak
memberangsangkan dengan harga yang tidak beberapa mengerikan (tapi dengan harga
seafoods mentah sekarang ni yang memang melonjak-lonjak, memang tak beberapa
nak dapat la harga tak ngeri ye).
Dari restoran ni ke Dataran
Lang dalam 5 minit je naik kereta.
Ada tempat duduk yang
betul-betul tepi laut tetapi kitaorang tak duduk situ memandangkan anak-anak
den tuh suka bergelinjangan ke hulu ke hilir, kitaorang nak meminimakan
kebarangkalian kitaorang tercekik masa makan sebab asyik menjerit kat diaorang
dan yang paling penting nak berusaha pastikan tiada insiden jatuh ke dalam
laut.
Tak dapat nak duduk sini atas isu keselamatan |
Duduk di sini je la |
Kitaorang makan ikan siakap
(ke ikan lain ye lupa sudah sebab dah lama berlalu kejadian ni) masak special
(nih untuk si F sebab dia tak makan seafoods lain selain ikan tak tau la
kenapa), udang goreng tepung, sotong bakar dan pepahat and the gang (kupang,
etc) masak pedas. Bersekali dengan 4 nasi putih serta 1 jug air tembikai. Untuk
dinner macam ni, harganya RM168.
Rasa food dia memang sedap
nak-nak pula udang goreng tepung. Tepung ni ada dijual di kedai ni tapi masa
kitaorang makan tuh, tepung untuk jualan tuh dah habis. Boleh je la nak beli
through FB depa ni bila balik Shah Alam kan tapi tuh la bila dah tak beli masa
tuh, makanya memang tak terbeli la sampai ke hari ni.
Tempat
ni memang nyaman sebab kita menikmati makan malam yang ada rasa sambil dihembus
angin laut gittew.
0 Comments