Skyrides Festivals Park Putrajaya
Tak plan pun nak ke sini tapi tersinggah
lepas check out dari Everly Hotel dan sementara nak menantikan check in di
hotel seterusnya.
Skyrides Festivals Park Putrajaya kalau ikut
website dia memang nampak gegak gempita. Kalau baca ulasan orang yang pernah ke
sini pun majority kata memang best dan berbaloi.
Kalau nak diikutkan ada banyak komponen di
dalam Skyrides Festivals Park Putrajaya ni macam Skyrides Ballon, SkyWarrior,
SkyKids Warrior, SkyGallery, SkyBuggy, SkyDemo, SkyTaste, SkyKids dan SkyArts.
Monument Alaf Baru yang terdapat kat sini |
Tapi yang selalu diwar-warkan oleh ramai
rakyat jelata adala Skyrides Ballon di mana kita boleh merasa pengalaman
menaiki belon panas tanpa perlu ke Cappadocia…chewahhh. Dengan bayaran setakat
den pergi pada awal Februari 2019 iaitu RM45 seorang dewasa, rasanya memang
berbaloi la kan sebab dapat menikmati pemandangan Putrajaya dari atas tertinggi
yang belon ni mampu pergi.
Ingatkan kalau ada belonnya boleh la mencuba
nasib menaikinya tetapi dimaklumkan bahawa Skyrides Ballon sedang di dalam
penyelenggaraan. Paling awal Skyrides Ballon beroperasi semula adalah pada
bulan Mac 2019.
#a reason to visit Skyrides Festivals Park
Putrajaya for a second time later gittew kan.
Masa kitaorang pergi tuh tak ramai orang pun
tapi disebabkan panas lit-lit kitaorang jalan sekupang dua je. Ingatkan nak
bagi kiddos main kat SkyKids tapi disebabkan dah dok kalut dengan panas terik,
dah tak teringat nak cari tempat ni.
Walaupun panas terik, anak-anak den apa
diherankan ye tak. Kiddos naik kereta di SkyBuggy. Enjoy sungguh depa naik
kereta kat sini. Mujur la pengurusan kat sini sediakan topi. So kiddos pinjam
la sekejap topi yang ada kat sini sementara depa memandu kereta. Bayaran yang
dikenakan adalah RM15 untuk 4 pusingan.
Dah selesai pandu kereta seorang 2 pusingan,
aktiviti riadah di kala matahari memancar terik diteruskan dengan berbasikal
sampai basah ketiak dengan bayaran RM25 bagi 20 minit.
Jenuh oiii mengayuh basikal paneh-paneh tuh.
Sempat la kitaorang kayuh basikal tuh sampai ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin
(Masjid Besi). Berehat sekejap melepaskan lelah sebelum kayuh balik semula ke
check point asal.
Masjid Besi |
Masa dok mengayuh basikal, kitaorang
ternampak SkyCruise dok menyusuri Tasik Putrajaya. Disebabkan kitaorang dah
pernah naik cruise nih 3,4 tahun lepas, makanya takde la rasa nak naik lagi
setakat ni.
Ingatkan nak lunch di Umai Café yang terletak
sepelaung dari Masjid Besi tapi disebabkan ramainya orang dok lunch kat situ,
kita batalkan je la hasrat nak lunch with the view gittew (pemandangan Masjid
Besi dan Tasik Putrajaya).
#another reason to revisit Skyrides Festivals
Park Putrajaya hehehhheehee.
Umai Café dikhabarkan antara café yang best
di Putrajaya ni. Tuh yang kena datang juga lunch dan melepak di sini one fine
day nanti.
Banyak tempat yang kitaorang tak terjengah
semasa lawatan pertama ke Skyrides Festivals Park Putrajaya ni.
In sya Allah ada rezeki kita datang lagi ke
sini.
Untuk
updates terkini tentang aktiviti di Skyrides Festivals Park Putrajaya ni, boleh
tengok FB depa ye Skyridesfestivals
2 Comments
masa gi Putrajaya masa cuti CNY lalu cuma pi ke Dataran Putra n kolam renang Presint 16 je.
ReplyDeleteNext time ke Putrajaya boleh singgah ke sini Abam Kie sebab tempat ni menarik juga
Delete