Landline by Rainbow Rowell
‘If you
have a magic phone that calls into the past, who would you call and why?. Is
there something in your life you’d try to fix?’.
Buku ni straight forward cerita pasal
relationship di antara suami isteri (Neal dan Georgie) yang sedaya upaya
mengimbangkan semua factor di dalam hidup iaitu keluarga, suami isteri,
anak-anak, kerjaya dan rakan sekerja yang kalau boleh nak dihempuk dengan mug
atau telefon tapi tak boleh, etc.
Kadang-kadang bila dah berkahwin dan
beranak-pinak, akan terjadi situasi samada kita kekal di dalam perkahwinan
tersebut sebab kita memang chenta antara satu sama lain atau we just go with
the flow atau we have to make marriage works because that’s all we have
eventhough we said marriage doesn’t define us or we are afraid to be a single
parent or for the sake of the kiddos, etc.
Kadang-kadang bila sesuatu situasi terjadi
either positif atau negatif, fikiran di luar kawal kita tiba-tiba (walaupun
jarang berlaku) akan mempersoalkan samada sepanjang kehidupan kita ni, ada tak
perkara besar di dalam hidup yang sekiranya diberi peluang untuk diubah, kita
akan cuba mengubahnya dan try to make a difference in our life. Tak kisah la
daripada aspek hubungan kekeluargaan ke, marriage ke, career ke, having kiddos
ke, etc.
Ini yang dihadapi oleh Georgie.
Di dalam beliau dok bersungguh-sungguh nak membina
kerjaya sebagai penulis sitcom bagi rancangan televisyen bersama Seth, kawan
baiknya yang menjengkelkan, Georgie dok terfikir-fikir adakah Neal kawin dengan
dia 9 tahun lepas sebab it’s the right thing to do lalu menyebabkan hidup
diaorang ala-ala kacau bilau sebab Georgie terlalu sibuk dengan kerjayanya.
So bila Neal dan kedua anaknya balik kampung
untuk bercuti sempena Krismas sementara Georgie tinggal untuk menyiapkan
kerja-kerjanya yang tak pernah habis, Georgie secara tak sengaja terjumpa telefon
lama zaman dia remaja di rumah emaknya yang mana telefon tersebut dapat
menghubungi Neal pada 10 tahun lepas iaitu lebih kurang 3 hari sebelum Neal
melamarnya untuk berkahwin.
Semasa dok berkomunikasi dengan Neal yang
berumur 20an tersebut, Georgie bersungguh-sungguh cuba berbincang dengan Neal
pada ketika itu tentang masa depan mereka.
Sempoi je jalan ceritanya tapi memang ada
banyak funny moments dalam buku ni.
Nih
merupakan salah sebuah buku yang den berjaya habiskan sepanjang percutian 3
hari 2 malam di Putrajaya semasa sambutan Tahun Baru Cina yang lepas.
0 Comments