Dorsett Hotel, Putrajaya
Hotel ni den pilih sebagai hotel kedua bagi
penginapan kitaorang sekeluarga di dalam sesi berjimbaan di Putrajaya kerana
ianya menawarkan harga terendah dengan kemudahan pool dan free two breakfast.
Hotel-hotel lain kat Putrajaya ni bapak mahal rasa nak tercekik menengok
harganya.
Mula-mula sampai macam ada sedikit kecewa
sebab hotel ni dikelilingi oleh bangunan Kerajaan. Dah Presint 3 kan memang
penuh la gomen building. Bukannya apa, den kan memang keje gomen, so macam tak
feel la kalau pergi bercuti di hotel yang dikelilingi bangunan Kerajaan
hehehehehe.
Tempat meletak kenderaan di hotel ni agak
spooky sebab macam tidak tersusun, ada tempat letak barang, etc tetapi bilik
hotel dan swimming pool adalah sangat awesome. Kalau nak dibandingkan dengan
Everly Hotel, bilik dan pool Dorsett Hotel adalah lebih best dan wow (ikut
pendapat den je la ye).
Walaupun lobi dia comel lote je tapi lampu
kat lobi ni cantik sangat untuk den. Den ni memang mudah nak digembirakan.
Dapat tengok lampu chandelier cantik pun dah teruja.
Bilik air pun molek sangat. Memang best
sangat bersiram berlama-lamaan di dalam bilik air yang ohsem ni.
Den tak pernah pergi banyak hotel yang
hebat-hebat tapi pool yang ada di Dorsett Hotel ni memang freaking fabulous.
Dah la besar. Tempat duduk yang disediakan pun empuk dan banyak. Kalau masa
lepak kat sini pakai topi besar tuh, memang dah macam Audrey Hepburn dah.
Disebabkan anak-anak den memang akan
terkinja-kinja nak melompat ke dalam pool selepas check in, makanya as usual
kitaorang je la kat pool tuh di kala panas lit-lit membakar kulit. Sempat la
den mengambil gambar sakan di sini sebelum penghuni lain joint mandi pool dalam
pukul 5 lebih.
Den teman budak-budak mandi dari 3 pm sampai
7 pm sambil membaca buku. Itu je la keje den. Menjadi life guard kepada kiddos
berjam-jam.
Buffet spread kat sini pun sangat happening.
Dah ada pancake, ada lempeng lagi. Memang favourite den kedua-dua ni. Sekeping
gambo pun den tak terambil kat sini sebab sakan sangat dok menjamu selera tanpa
mengira kalori hehehehehehe. Antara breakfast buffet terbaik yang den pernah makan.
Di dalam Dorsett Hotel ni ada Suria Mall tapi
tak sure kenapa tak banyak kedai yang buka kat sini. Serious macam hidup segan
mati tak mau. Last year den pernah datang ke mall ni sebab ada jualan kasut
sukan. Masa pergi tahun lepas dah nampak macam tak happening tapi datang kali
ni, lagi suram sungguh. Restoran yang kitaorang makan last year tuh pun dah
tutup. Yang ada lagi setakat ni Hero Supermarket, Restoran Jom Bali (kitaorang
dinner kat sini je) dan beberapa kedai lain. Tak sure la kalau ramai yang tutup
kedai due to CNY kan tapi serious mall ni sunyi sepi.
Padahal lokasi mall ni dekat je dengan
pelbagai pejabat kerajaan ke kakitangan kerajaan yang ada kat sini tak suka
shopping? Mall ni juga dalam satu bangunan dengan Dorsett Hotel. Sure banyak je
program seminar, bengkel, etc yang dibuat di Dorsett Hotel ni. Pelik la juganya
kenapa Suria Mall tak bersinar seperti sang suria.
Sepelaung dari hotel ni ada kawasan Putrajaya
Food Trucks tapi disebabkan kitaorang tak larat nak berjalan, makanya takde la
nak menyinggah ke sini.
Dorsett Hotel ni bagi den memang best sangat
la untuk kiddos dan den sebab kolamnya besar, bilik pun selesa dan untuk den
sebab breakfast spread dia pelbagai dan sedap hehehehehee.
Nanti
nak menabung si biru (duit RM1) untuk menginap di Dorsett Subang pula sebab
buffet spread dia lagi meletops (padan la kan dengan harga dia yang merabakkan
poket tuh).
0 Comments