Adakah korang tahu kemungkinan besar cara korang membersihkan bilik air adalah salah? 

Bermula dari penggunaan peralatan yang salah, sehinggalah mengabaikan beberapa perkara utama yang membolehkan wujudnya kotoran dan kuman, dan lebih buruk lagi, ia menyebarkan kuman di seluruh tempat dan bukannya menyingkirkannya. 

Bilik air adalah tempat yang perlu korang bersihkan, supaya ia bersih dan menyegarkan. Bagi sesetengah orang, ia adalah tempat yang harus dikunjungi selalu, malah sebagai tempat berinspirasi. Jadi memastikan kebersihan bilik air adalah sangat penting.

Berikut beberapa cara yang korang lakukan adalah kurang sesuai dan berkesan, dan disertakan beberapa tips bagi membantu korang melakukan kerja pembersihan dengan lebih berkesan selepas ini. 

1) Melupakan bahagian-bahagian lain dalam bilik air 

Kebanyakan orang cenderung memfokus pembersihan hanya pada dinding dan mangkuk tandas. 

Mereka tidak menyedari bahawa apabila mengepam mangkuk tandas terutamanya apabila penutup mangkuk dibuka, bakteria mikroskopik boleh tersebar setinggi 25 cm ke udara dan berada di mana-mana sahaja. 

Malah terdapat tanda-tanda jelas di bangku tandas dan bekas air kencing yang melekat di penutup mangkuk tandas. Oleh itu, pastikan korang membersihkan setiap bahagian tandas dan bilik air.

Secara alternatif, korang juga boleh menggunakan pembantu yang berguna seperti Produk Pelbagai Guna WD-40® yang juga berfungsi dengan keajaiban dalam membersihkan tandas yang mempunyai kesan kotoran lama dan cecair atau minyak daripada mangkuk tandas korang. 
Hanya sembur ke dalam dan lap atau gosok beberapa kali dengan berus tandas nilon, sebelum disiram. Korang juga boleh menyemburkannya di luar mangkuk, biarkan selama beberapa minit, dan lap bersih dengan sabun dan air.

2) Menggunakan kertas tuala/ tisu tandas

Ramai orang cenderung membazirkan kertas tuala dengan menggunakannya bagi membersihkan dan mengelap permukaan tandas. Bukan hanya membazir dan membuang kertas tuala, ia juga tidak mesra alam sekitar.   

Jadi gunakan kain yang baik seperti kain terpakai atau lebih baik lagi, kain mikrofiber yang terdiri daripada serat sintetik ultrafine. Ia mempunyai caj statik yang menyerap habuk dan kotoran, dan korang boleh mencuci dan menggunakannya semula.
Sekiranya terdapat kesan kotoran yang ganjil dan degil yang tidak boleh dihapuskan, kini korang akan dapati bahawa Produk Pelbagai Guna WD-40® juga boleh membantu anda. 
3) Hanya mop lantai 

Mop hanya membantu kawasan yang basah dan meninggalkan habuk asal dan kotoran di atas lantai. Langkah yang terbaik adalah dengan cara vakum terlebih dahulu permukaan lantai yang basah. Sekiranya terdapat sisa-sisa kotoran berminyak di atas lantai, cuba gunakan Pakar Penghapus Minyak Pantas WD-40®
Pakar penyelesaian berasaskan air ini sangat baik untuk menghilangkan gris, minyak dan kotoran tanpa meninggalkan sebarang lebihan. Dengan buih berkuasa yang berfungsi pada kadar segera terhadap sentuhan, ia juga sangat mudah dibilas.

4) Menggunakan produk pembersih yang salah

Lazimnya, sesetengah indvidu cenderung untuk menggunakan hanya satu produk pembersih untuk membersihkan keseluruhan bilik mandi, kerana ianya lebih mudah. Tetapi ia tidak baik untuk bilik mandi korang, kerana setiap kawasan berasingan sebenarnya memerlukan pembersih tertentu. 

Contohnya, bagi beberapa produk logam (seperti pili korang) memerlukan perhatian tambahan. 

Hanya sembur sedikit Produk Pelbagai Guna WD-40® bagi mengilatkan dan melindunginya daripada karat dan hakisan.

5) Tidak membersihkan berus tandas 

Ini adalah kesilapan yang jelas tetapi sering dilakukan yang menyebabkan pembiakan kuman di bilik mandi, dan bukannya dihapuskan. Ini disebabkan ramai yang ingin cepat menyelesaikan pembersihan bilik mandi dan, dalam keadaan tergesa-gesa, mereka selalunya lupa bahawa mereka juga perlu menjaga peralatan yang digunakan.

Ini menyebabkan berus tandas sering diabaikan dan hanya dimasukkan semula ke dalam pemegangnya selepas selesai melakukan pekerjaan pembersihan, walaupun ketika ia masih basah, menjadikannya mudah untuk kuman membiak.  

Oleh itu, pastikan korang meletakkannya di sebalik mangkuk untuk dikeringkan sepenuhnya terlebih dahulu. Sekiranya memerlukan pembersihan yang baik, cuba rendam dalam pembersih anti bakteria, bilas, dan biarkan ia kering lagi.

Sekiranya korang memerlukan lebih banyak tips atau petua untuk membersihkan kediaman korang dan memastikan peralatan korang dalam keadaan baik, boleh melayari http://wd40.asia

Korang pasti akan teruja dengan kelebihan penggunaan barisan produk WD-40®.

Mengenai Syarikat WD-40®

Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangunkan dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang dan kediaman di seluruh dunia. 

Syarikat dari Amerika ini adalah pembuat Produk Pelbagai Guna WD-40® yang paling dipercayai, yang perlu ada dalam setiap kotak peralatan dan kediaman di seluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersihkan dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, memberi kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising dan menghilangkan kesan melekit degil.

Produk Pelbagai Guna WD-40® ini menjadi penyelenggara profesional dan amatur DIY dalam pekerjaan mereka yang membabitkan perkakasan, perindustrian, automotif, berbasikal, sukan dan barangan runcit besar-besaran.

Produk Pelbagai Guna WD-40® boleh didapati dalam pelbagai saiz dan telah berkembang menjadi pelbagai produk khusus antaranya WD-40® Specialist™, WD-40® BIKE and WD-40® Specialist™ Automotive.

Produk Syarikat WD-40 kini tersedia di lebih daripada 176 negara dan wilayah di seluruh dunia termasuk Malaysia di mana pelbagai produk WD-40® boleh ditemui di kedai-kedai runcit dan perkakasan utama di semua negeri. 

Untuk maklumat lanjut tentang Syarikat WD-40 atau barisan produknya, boleh melayari: www.wd40.asia

4 Comments

  1. thanks for sharing..nanti kena ikut cara ni la bila nak cuci bilik air....

    ReplyDelete
  2. first time tahu products ni semua. ada few yang rasa nak cuba..
    benci kalo kena cuci toilet yang mosaic kecil2 tu. stress !!

    ReplyDelete
  3. Husband ksarie pengguna tegar produk WD-40 dah lebih 10 tahun. Ada je la yang dibuatnya hehehehehe. KSarie memang serahkan urusan basuh toilet kat dia

    ReplyDelete