Tips untuk ke Sky Mirror, Kuala Selangor
Antara tips yang den rasa
penting selepas sesi berjimbaan den ke sana:
1. booking ticket awal;
2. wajib sampai awal semak sebelum
waktu berlepas sebab perjalanan dan aktiviti sangat bergantung kepada jadual
pasang surut air laut;
3. pakai selipar jepun je sebab
kita akan tinggal selipar nih dalam bot nanti;
4. simple breakfast sebelum
naik bot k. Ada je kedai jual roti, etc berdekatan jeti Sky Mirror ni. Even
kedai di jeti nih pun ada je jual makanan ringan dan air;
5. bawa topi yang boleh
lipat-lipat tapi kalau tak bawa boleh je beli kat kedai di jeti. Den beli topi
lipat-lipat kat kedai ni dengan harga RM 10 je. Okay la kan?;
6. boleh je beli topi, selipar,
makanan, souvenirs, etc di kedai di jeti Sky Mirror ni sebab harganya setakat
ni mampu milik;
7. bawa shawl atau selendang
atau kain ropol-ropol sebab gambar akan lebih cantik bila shawl, etc tuh
melayang-layang ditiup angin, etc;
8. pakai pakaian atau dress
yang beropol atau beralun bagi tujuan gambar yang lebih cun. Sila dress up
gittew;
9. boleh je bawa kiddos ke
sini. Sementara crew nak step up kawasan untuk kita bergambar, diaorang boleh
je berlari ke hulu ke hilir di kawasan beting pasir tuh; dan
10. ambil je gambar sebanyak
mana yang boleh k sebab yang pastinya gambar daripada kamera crew juga yang
akan cantik meletops.
2 Comments
ni dalam list tapi itula tu nak mencari waktu yang sesuai nak terjah dengan kwan2 tu susah sket. biasa la da plan.. senyap sepi gitu ja hehe..
ReplyDeleteHa....biasa sangat dah tuh plan tapi tak jadi hehehehehe. Nih pun berjaya ke sini setelah 3 kali plan
Delete