Dalam akhir November 2018, kesihatan mak mertua den semakin merosot yang memerlukan kepada penggunaan kerusi roda.

So sebagai menantu mithali ecehcehceh (lebih kepada menantu yang available pada ketika itu sebenarnya hehehehehehe) den dan buong survey kerusi roda yang kitaorang rasa sesuai untuk kegunaan emak.

Spesifikasi kerusi roda yang ada di dalam kepala kitaorang adalah kerusi roda yang agak ringan dan kecil yang boleh muat dalam kereta ayah dan boleh dihandle oleh ayah sekiranya dia perlu handle kerusi roda tersebut masa kitaorang tiada. Dan kriteria penting juga adalah harga kerusi roda yang mampu milik.

Dok cari-cari kat internet terjumpa alamat Pusat Jualan Kerusi Roda Anda di Farmasi Zuli di Klang. Disebabkan lokasi ni agak dekat dengan rumah kitaorang, makanya kitaorang redah la ke sini selepas membaca ulasan positif daripada pembeli kerusi roda di sini di laman FB mereka.
Farmasi Zuli ni ada 2 bahagian. 1 bahagian menjual semua jenis ubatan yang biasa kita temui di mana-mana farmasi. Satu bahagian lagi menempatkan pelbagai jenis kerusi roda.

Ada banyak spesies kerusi roda rupanya.

Ada kerusi roda yang ringan, yang boleh angkat arm rest, yang boleh tolak sendiri, yang kena orang lain tolak, yang boleh adjust angle foot rest, seat kalis air, tight support, etc.

Finishing kerusi roda pun macam-macam ada. Chrome, nano, metalic silver, etc. Dah macam warna kereta pun ada.
Jenuh juga nak pilih kerusi roda yang selesa untuk omak mertua den dengan harga yang mampu milik.

Dengan bantuan dan guidance oleh anak owner Farmasi Zuli tuh, kitaorang akhirnya berjaya memilih kerusi roda yang kitaorang rasa bersesuaian dengan keadaan emak.

Tongkat kaki empat, tongkat kaki tiga, mobile toilet, tongkat patah kaki, anduh, adult pampers, pam susu, etc semuanya ada dijual di Farmasi Zuli nih. Dah macam one stop centre dah gayanya.
Kalau korang cari wheel chair atau sebarang peralatan perubatan yang lain, boleh la singgah di Pusat Jualan Kerusi Roda Anda di Farmasi Zuli di Klang.

Alamat : No 210, Jalan Sungai Bertek, Teluk Pulai Commercial Centre,, 41100 Klang, Selangor

Waktu Operasi : Isnin - Sabtu : 9.30 pagi - 9.30 malam. Ahad tutup.

Telefon: 013-3861915


Instagram: @pusatjualanwheelchairanda

3 Comments