PASANGAN (Nadi Komuniti di Pinggir Sungai atau Pulse of A Riverine Community) oleh Siti Norasiah Abd Kadir
Pernah tak korang jatuh cinta dengan buku
yang agak ilmiah selepas membaca muka surat pertama buku tersebut?
Buku ilmiah tau. Bukan
novel cintan cintun bagai.
Itu yang berlaku pada den
apabila kali pertama I laid my eyes on PASANGAN (Nadi Komuniti di Pinggir
Sungai atau Pulse of A Riverine Community) coffee table book oleh Siti Norasiah
Abd Kadir.
Buku dwi-bahasa yang diolah
dan disusun dengan begitu indah dan sangat mudah difahami membawa kita
mengimbau kenangan di kala sungai masih jernih dan dekat di hati penduduk
setempat dan betapa sememangnya sungai adalah nadi atau sangat precious dalam
kehidupan kita.
Buku yang mempunyai
pelbagai rencah cerita yang berkaitan dengan sumber air yang menyumbangkan 60%
bekalan kepada Negeri Selangor iaitu Sungai Selangor.
Ada pelbagai coretan
cerita, sejarah, puisi, sajak, peta, lakaran, etc yang memang mengusik jiwa di
dalam buku ini.
Cerita legenda (buaya, ketam
dan air pasang surut, naga dan Pulau Derhaka) seumpama fairytales versi orang
kita. Setanding dengan fairytales Disney tau.
Perkongsian resepi tradisi
masakan Melayu (masak lemak pucuk geti, sambal belacan belimbing buluh dan
putat dan gulai pisang, tepung gomak berinti durian) mengharamkan kiraan kalori
sebab semuanya adalah sangat mengecurkan air liur.
Den tak tau pun tentang
kewujudan sambal berembang sebelum baca buku ni. Kena cuba kalau ada kesempatan
nanti.
Hubungan air dan agama
dibawa melalui kisah Kenduri Syaaban, Thaipusam, etc.
Den baru tau kalau nak
menyemat atap nipah dan rumbia, tali untuk menyemat atap tersebut adalah dari
pokok bemban dan tulang belakang (mengkawan) atap adalah dari batang buluh atau
batang pinang.
Pernah dengar tak tentang
atap lalang? Ha...dalam buku ni ada cerita pasal atap ni.
Den belajar sepintas lalu
kegunaan pelbagai spesies kayu seperti cengal, beluti, cenderai, bertam, etc
dari buku ni.
Kayu nibung boleh bertahan
sehingga 100 tahun. Hebat kan?
Seni pembuatan sampan lepap
dan lunas yang jarang ditemui sekarang ini.
Aktiviti membelat ikan
samada belat aur dan belat pantai yang bermain dengan paras air sungai.
Permainan dabus dan
tariannya seolah-olah mendayung sampan.
The Art of Mendayung
memberikan tips untuk mendayung yang nampak macam mudah secara teorinya tapi
nak tau tahap kesukarannya macam mana, kena la mempraktikkannya di lapangan.
Kepelbagaian spesies fauna
yang terdapat di Mukim Pasangan seperti burung, tuntung, monyet, lotong, etc
juga diabadikan di dalam buku ini.
Tak sah kalau tak bercerita
tentang keunikan dan keindahan kerdipan si kelip-kelip, Pteroptyx tener apabila
membicarakan tentang Mukim Pasangan, Kuala Selangor. A must see and experience
in Kuala Selangor k.
Masalah pembuangan sampah
sarap di dalam Sungai Selangor yang sekiranya tidak dibedung akan memudaratkan
semua yang bersangkutan dengannya termasuklah kita sebagai pengguna sumber air
tegar.
Program yang melibatkan
penglibatan sukarelawan komuniti setempat di dalam usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan Sungai Selangor seperti:
1. Mangrove and berembang
trees replanting program;
2. Rakan Alam Sekitar
Masjid; dan
3. Kelab Alami KAWA.
Semua cerita komuniti
setempat dan perkaitannya dengan air dilengkapkan dengan pelbagai gambar of the
real people immerse with the nature especially Sungai Selangor itself.
Boleh den katakan coffee
table book setebal 247 mukasurat yang dibuat daripada hati selepas penyelidikan
selama 1 tahun setengah berjaya menyampaikan pelbagai cerita unik dan menarik
daripada hati komuniti setempat ini sememangnya akan menyentuh hati sesiapa
sahaja yang membacanya.
PASANGAN coffee table book
ini den boleh andaikan sebagai bacaan wajib kepada semua pencinta sungai dan
wajib juga berada di perpustakaan di seluruh Malaysia. Sajak juga dijadikan
sebagai kajian kes kepada subjek alam sekitar di mana-mana institusi pengajian
tinggi.
Sebagai orang yang terlibat
secara langsung dengan pemeliharaan dan pemuliharaan Sungai Selangor, den nak
merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada team yang menghasilkan coffee table
book yang terbaik kualiti dan intipatinya. You guys really did it from your
heart.
Den harap ada buku seumpama
ini lagi akan dihasilkan di masa hadapan sebab ianya memang super interesting
and really touch your heart.
Sebagaimana kesimpulan buku
ini, sememangnya bagi memastikan mana-mana sungai terpelihara dan terpulihara,
kombinasi usaha komuniti setempat + pelbagai organisasi + polisi + kajian
saintifik serta teknologi adalah saling berkait rapat.
One of the best book I ever
read in my life.
The first book I read in
2019 di dalam misi membaca 41 buah buku pada tahun 2019 nih hehehehehe.
2 Comments
LAND USE DYNAMICS AND GOVERNANCE IN SUNGAI SELANGOR WATERSHED
ReplyDeleteMYR86.00
Penerbit Universiti Malaya
ISBN: 978-983-100-831-7
Book Details
Author/Editor: Jamilah Mohamad • Goh Hong Ching
Watersheds have been widely recognized as the best scale at which to govern
water. At the geographic scale of the watersheds, stakeholders are able to
make decisions on how to manage water resources in a setting more conducive
to participation. Through coordinated development and management of water, land, and
related resources, economic and social welfare can be optimized without compromising
sustainability of vital environmental systems. Sungai Selangor is an important water
resource for the state of Selangor.
Extent: 194
Year of Publication: 2015
www.umpress.com.my
Thank you for the information yar
Delete