Den memang jarang duduk di homestay kalau travelling ke mana-mana, den lebih selesa duduk kat hotel tapi homestay yang satu nih sememangnya menarik hati den untuk menginap di sana apabila pertama kali den menatap gambar homestay ni di dalam talian masa dok survey penginapan yang ada di Ipoh semasa ada urusan di sana pada pertengahan November 2018 lepas.

Serious den sangat berpuas hati dengan semua aspek berkaitan homestay ini.

Lokasinya walaupun bukan terletak di tengah-tengah bandar tetapi tetap tidak jauh ke dalam, dekat dengan jalan besar.

Rumah banglo dua tingkat yang telah diubahsuai menjadi homestay ini memang cantik dan temanya amat masuk dengan den yang memang old school ni. Bangunan macam berada di zaman Robin Hood gittew.
Hiasan di dalam homestay ini simple tetapi unik dan menarik.

Terdapat bilik di tingkat bawah dan tingkat atas so boleh request bilik yang bersesuaian dengan keperluan kita ye. 

Den rasa setiap genap di homestay ni sangat sesuai untuk sesiapa yang memang minat untuk berOOTD. Sakan juga den mengabadikan gambar ruang yang ada di sini.
Love this photo taken by my first born
Biliknya luas, kemas, bersih dan mendapat pencahayaan yang bagus sebab memang cerah biliknya.

Biliknya dilengkapi dengan semua keperluan asas seperti bilik hotel termasuklah peti besi keselamatan.

Biliknya yang nyaman dan selesa menyebabkan kitaorang rasa tak nak keluar dari bilik sebab seronoknya la melepak kat dalam tuh.
Budak-budak sakan mandi kat shower yang best. Sampai kecut-kecut baru la depa keluar hehehehhehehe.
Penginapan satu malam kitaorang di sini juga didatangkan sekali dengan breakfast untuk 4 orang. Café sempoi yang terletak di bahagian belakang homestay juga sangat comel, menarik dan cozy.
Walaupun breakfast yang disediakan adalah sangat simple (nasi lemak, roti bakar, kuih muih, teh dan kopi) tetapi breakfast with the view tuh yang uniknya. 
Walaupun pemandangannya tuh hanyalah kawasan lapang hijau yang tak beberapa nak kemas (ada nyamuk sedikit) tetapi anak-anak den termasuklah kitaorang laki bini enjoy je berehat-rehat kat situ sambil menikmati secawan kopi.
Kekangan yang terdapat homestay ni mungkin kekangan tempat letak kereta kerana ianya merupakan kawasan perumahan but still its still very worth it to stay here because of the environment.
Breakfast with the green view gittew
Rasa macam nak duduk lagi kat homestay ni di masa hadapan kalau ke Ipoh sebab ianya memang antara homestay yang best yang den pernah menginap.

3 Comments

  1. Menarik sangat design homestay ni. Suka sangat design yang ada batu bata merah. Satu malam dalam berapa ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sweet dan cozy homestay ni. RM220 untuk satu malam bagi bilik deluxe dengan katil queen

      Delete
  2. Ha itu yang dibincangkan dengan husband. KSarie cakap kalau tanah lapang kat belakang homestay tuh dibuat swimming pool sure lagi happening tempatnya

    ReplyDelete