Den suka je buat list. Capai tak capai belakang kira sebab bila ada list, kadang-kadang semangat nak cuba merealisasikan apa yang dicatat tuh menyebabkan hidup lebih berwarna warni gittew.

Harapan den setiap kali teringat dan termuhasabah diri adalah nak jadi lebih baik, a better person, a kind hearted person, lebih istiqamah, etc sepanjang tahun. Even kalau kita tengok superheroes tak kira la from DC ke Marvel ke, almost semua superhero adalah sangat baik hati dan humble macam Captain America, Superman dan Black Panther, etc. Eventhough kalau superheroes tuh a little bit of douche bag macam Iron Man dan Aquaman, but still deep down in their heart, they are the good guys and kind hearted people.

Walaupun den bukan superhero, tetap la jua den berhasrat nak ada jati diri macam superhero gittew.

So wish list den untuk tahun 2019 adalah:

1. Muhasabah diri. Lets pray I could be better in this department. Wajib perbaiki diri dan tambahbaik amalan.

2. Spend lots of time with kiddos. Cepat sangat diaorang nih besar. F dah darjah 3 dan dah pakai baju saiz S. Dah setinggi paras dada dah anak bujang sorang ni. Si A dah tadika tahun ni. Dah makin petah bercakap. Sedaya upaya den akan cuba dinosaur, raksasa, robot Pacific Rim, etc menentang diaorang sebab eventhough they are still with me, I keep on missing them. Missing the precious moment. Nih belum nak hadapi empty nest syndrome lagi ni. Haish.

3. Gaya hidup sihat.  Bawa bekal ke pejabat apabila berkesempatan sebab memang nak kena reduce cholesterol level. Nak tak nak kena paksa diri eat healthy. Dapat turunkan berat tuh bonus. Nak tak nak kena lari keliling tasik di kawasan pejabat nih sebab kelas zumba yang den selalu pergi tuh dah ditukar pada waktu malam. 

4. Books. Angan-angannya nak baca 41 buku pada tahun 2019 nih sempena umur den 41 tahun pada tahun ni. Nak kurangkan beli buku (kalau dapat la kan hehehhhehehehehe).

5. Financial. Kena betul-betul belanja berhemah sebab bak kata pakar kewangan yang den dah jumpa ‘saya tak tau macam mana you boleh survive selama ni dengan pendapatan yang X tapi belanjanya sebegini Y’. Kalau pakar kewangan pun boleh sakit jantung dan surrender tengok den punya financial report, maknanya memang terpleot sungguh la financial den nih hehehehehe.

Makanya banyak la perkara-perkara yang perlu ditangguhkan macam sesi berjimbaan (travel), beli buku secara berlebihan (boleh percaya ke ni?), etc.

6. Travel. Maybe have to take a back seat since my financial yang mengerikan dan kesihatan parent dan parent in law yang semakin merosot. Its okay. You gain some you lose some right.

7. Tabung warna-warni. In sya Allah akan diteruskan seperti biasa seperti tahun-tahun sebelum ini terutamanya si biru, RM 1 yang akan terus dikumpulkan setiap kali berjumpa dan tugas utamanya adalah memenuhkan tabung korban pada 2019 nih. Itulah harapannya setakat ini.

8. Blogging. Harapnya rajin je la den mencoretkan sepatah dua kata di blog ini secara berterusan ye termasuklah cerita yang berlaku di 2018 yang tak sempat nak dicoretkan dalam blog pada tahun 2018 hehehehheehe.

Semoga kita semua berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan azam kita pada tahun nih ye.

In sya Allah.

4 Comments

  1. semoga impian tercapai dan dipermudahkan segala urusan. semoga yang baik2 saja datang our way dan happy2 selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnnn Semoga 2019 akan menjadi lebih positif dan happening dalam hidup kita semua ye

      Delete
  2. Aamiin.. doa moga segalanya tercapai.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah....semoga tahun 2019 lebih best untuk kita semua

      Delete