Muzium Sarawak
Touch down je kat Lapangan Terbang Kuching,
terus je kitaorang pergi lunch. Lepas check in dan letak barang, terus bergegas
ke lokasi pertama lawatan teknikal iaitu Muzium Sarawak.
Muzium Sarawak ni ada banyak bahagian pameran
tapi ada sebahagiannya ditutup bagi kerja-kerja penambahbaikan.
Makanya kitaorang masuk ke bahagian Muzium
Orang Sarawak je.
Dah namanya muzium kan, dah tentu banyak
sangat maklumat yang tak tersempat den nak baca hehehehehehe.
Maklumat tentang flora dan fauna sepintas
lalu juga ada di sini. Ada tangga di muzium ini yang dibuat dari kayu belian
yang sangat tahan lama.
Of course akan ada cerita tentang the
Brooke’s family dan Rentap. Antara kita sempat tak tersempat baca je la.
Antara pameran yang paling menarik perhatian
den kat sini adalah baju perang orang Iban yang diperbuat dari sisik ikan
empurau, pelbagai jenis tempayan dan maklumat tentang head hunting.
Baju perang orang Iban yang diperbuat dari
sisik ikan empurau atau ikan kelah yang merupakan ikan yang sangat mahal dipercayai dapat
menangkis daripada serangan lembing. Kalau ditengokkan sisik ikan pada baju
perang tuh, memang besar-besar sisiknya. Kalau sisik ikan dah besar tuh,
ikannya tak tau la sebesar mana kan.
Baju perisai dari sisik ikan kelah |
Tempayan jabir (bahasa Iban) digunakan
sebagai bayaran sekiranya kita memasuki kawasan sawah padi yang masih berada
dalam tempoh larangan atau bayaran bagi memotong pokok di laluan ladang.
Tempayan menukul digunakan sebagai bayaran
pampasan sekiranya ada mencederakan orang lain di rumah panjang atau pampasan
sekiranya sesuatu mencuri di ladang.
Cerita pasal tempayan je dah banyak kan?
Betapa banyaknya maklumat kat dunia ni yang kita masih tak tau.
Cerita tentang head hunting atau pemburuan
kepala disertakan sekali dengan beberapa tengkorak yang digantung.
Muzium ni tak sebesar mana tapi lengkap
dengan pelbagai cerita berkaitan dengan tradisi dan orang Sarawak.
Maklumat infografik yang boleh diperolehi di
sini memang sesuai untuk siapa yang tak beberapa minat nak membaca tapi nak
mendengar cerita tentang sejarah.
Di luar bangunan muzium nih ada 2 tiang yang
sangat besar dan dimaklumkan bahawa terdapat keranda yang mengandungi mayat di dalam tiang-tiang ni.
Muzium
juga tak pernah masuk dalam senarai lawatan kalau den pergi berjimbaan. So bila
dah diarahkan untuk melawat muzium, den cuba baca maklumat yang ada setakat
yang lalu tapi kan sejak-sejak dah masuk umur 40 tahun ni, rasa macam menarik
juga melawat muzium sebenarnya.
0 Comments