Makan Best di Kuching
Kebanyakan orang Malaysia nih kalau berjalan
ke mana-mana memang sokmo la Jalan Jalan Cari Makan kan? The same goes to me
la.
Walaupun jadual program bengkel tak
mengizinkan kitaorang merayau ke hulu ke hilir mencari pelbagai makanan best,
sempat la juga kitaorang makan sedap sekupang dua di sini.
Dah sampai Sarawak kalau tak merasa keenakan
mee kolok dan laksa Sarawak memang tak sah la kan? Tapi tak terambil rupanya
gambar laksa Sarawak, sahih la masa nih dah kelaparan gila. Makanan sampai
terus Bismillah tak pandang kiri kanan, lagi kan pula nak ambil gambar
huhuhuhuhu.
Malam terakhir di Kuching, kitaorang
disajikan seafoods yang fresh dan sedap di Top Spot. Kat sini lagi la tak sempat nak
ambil gambar apa sangat sebab semuanya excited nak makan.
Kitaorang makan di gerai nombor 25 kalau tak
silap.
Lobster salted egg nya memang sangat sedap
sehingga menjilat jari. Dah focus kat lobster sampai terpinggirkan ketam nipah
masak black pepper. Nih sedap juga.
Kalau berjalan ke Kuching wajib singgah
makan seafood kat sini sebab memang berbaloi k.
Sedap sangat ni |
Kat mana lagi korang nak rasa semua jenis kek
lapis Sarawak kalau tak di sini.
Sampai je kat kedai Kek Lapis Dayang Salhah,
belum apa-apa dah makan kek lapis tester dengan jayanya dah. Masa nak pilih kek
lapis mana yang nak dibeli, ulang rasa kek lapis tester untuk confirmkan
kesedapan kek tuh hehehhehehe. Lepas dah selesai beli kek lapis, makan lagi kek
lapis tester masa menunggu kawan-kawan yang tak habis shopping lagi.
Makanya 3 rounds la merasa kek lapis tester
tuh. Toksah dok kira kalori la masa nih sebab memang gagal teruk.
So kek lapis Sarawak juga merupakan menu
wajib nak merasa di Kuching ni sebab biasanya kita bukan beli semua jenis kek
lapis yang dok ada pun kan. So sementara berada kat kedai tuh, boleh la pulun
rasa semua spesies kek lapis yang ada k.
6 Comments
Betul kat Top Spot makanan sedap2.. tapi kami tak makan seafood.. next time kena rasa seafood situ gamaknya. Tengok gambar pun tau sedap! Kek lapis actually ada port lagi sedap kak sarie.. tapi malangnya saya dah lupa nama dia.. dekat area2 Dayang Salhah jugak.. cumanya lagi hujung sikit.. dia buat perusahaan tu kat rumah je..
ReplyDeleteNampaknya kena repeat lagi Kuching ni sebab nak makan seafood lagi dan nak cari kedai kek lapis yang lagi sedap yang ezzan cakap tuh
DeleteBoleh tahu lokasi makan sedap mee kolok dan laksa sarawak? Terima kasih. farizmalek@gmail.com
ReplyDeleteKalau kedai-kedai makan dekat deret Sarawak River Front tuh boleh dikatakan mee kolok dan laksa sarawaknya sedap-sedap
DeleteShould you be traveling in Kuching during this special occasion, you are able to participate in the Annah Rais Homestay program and experience the fun of the Gawai festival with the locals people.4x4 rental Kuching Airport
ReplyDeleteWill do next time. Tqqq for the info:)
Delete