Kampung Budaya Sarawak
Kali pertama dan terakhir den ke Kampung
Budaya Sarawak atau Sarawak Cultural Village ni adalah pada tahun 1997 pada
umur 17 tahun, rombongan MRSM Muar.
So selepas 23 tahun, den kembali lagi ke sini
bersama rombongan lawatan teknikal pula.
Rasanya macam takde perubahan apa-apa di sini
sejak den datang buat pertama kali cuma sejak beberapa tahun lepas, Rainforest World
Music Festival Consert diadakan di sini setiap tahun.
Lepas membeli tiket, kita akan diberikan
passport di mana kita boleh mendapatkan cop di setiap rumah budaya yang
terdapat di sini.
Kita boleh melawat rumah kaum yang terdapat
di Sarawak iaitu Rumah Panjang, Rumah Iban, Rumah Bidayuh, Rumah Melanau, Rumah
Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Melayu dan Rumah Cina.
Dalam kesemua rumah budaya yang dilawati, den paling berkenan dengan Rumah Orang Ulu sebab ukiran tiangnya cantik sungguh.
Di setiap rumah ni kita berpeluang tengok
suasana rumah tersebut di samping disambut dengan tarian tradisional etnik di
rumah tersebut. Kita boleh juga menari sama dengan penari-penari yang cantik
tuh. Den paling berdebar tengok penari menari tarian buluh di Rumah Bidayuh,
takut tersepit kaki huhuhuhuhu.
Dalam kesemua rumah budaya yang dilawati, den paling berkenan dengan Rumah Orang Ulu sebab ukiran tiangnya cantik sungguh.
The beautiful Orang Ulu House |
Manis-manis gadis Sarawak yang dok menari ni |
Salahsilah keluarga atau family tree |
Kita juga boleh menikmati makanan tradisi
yang dimasak panas-panas di setiap rumah di samping melihat alat dan pakaian
tradisi yang dipamerkan. Den paling suka lempeng sagu yang dimasak di Rumah
Bidayuh, serius sedap. Makan plak panas-panas, memang heaven sungguh.
Di sesetengah rumah ada juga jualan kraftangan
yang kita boleh beli sebagai cenderahati.
Antara kraftangan yang dijual |
Hanya terdapat 2 waktu persembahan di teater
kebudayaan yang mengambil masa 45 minit iaitu pada 11.30 pagi dan 4.00 petang.
Don’t miss out this superb performance yar.
Tak banyak gambar yang den ambil kat sini
sebab dah terpenat dan lebih focus nak makan kuih di setiap rumah yang dilawati
hehehehehhehehe.
Jambatan buluh yang wajib dilalui |
So kepada sesiapa yang ingin melawat Kampung
Budaya Sarawak, maklumat penting untuk diketahui adalah:
Waktu operasi : 9.00 pagi - 4.45 petang
(Isnin - Ahad)
Harga tiket : RM 60 (dewasa) dan RM 30
(kanak-kanak 6 - 12 tahun)
Waktu persembahan teater kebudayaan: 11.30 pagi dan 4.00 petang
Waktu persembahan teater kebudayaan: 11.30 pagi dan 4.00 petang
0 Comments