Awal Disember lepas, den kena mewakili Dato Pengarah untuk menghadiri program menanam bakau di Tanjung Beluntas, Kuala Selangor.

Disebabkan programnya bermula pada pukul 8 pagi dan sejak-sejak dah tua ni, kitaorang tergedik-gedik nak bersiap dan kemungkinan untuk tergerak lambat dari Shah Alam tuh memang agak tinggi, makanya kitaorang bermalam la di hotel yang paling bajet yang dok ada di Kuala Selangor iaitu Hotel Sun Inn.

Kitaorang sampai pun dah malam kat sini.

Markah tinggi untuk hotel nih adalah lokasinya yang berdekatan dengan pelbagai kemudahan. Kedai makan adalah sepelaung je dari hotel, memang tak sampai 3 minit berjalan kaki. Di sekitar hotel juga terdapat pelbagai kedai seperti kedai barangan sukan, serbaneka, etc. 

Hotel Sun Inn Kuala Selangor nih dah lama juga bertapak di sini rasanya so semua kemudahan di hotel bajet ni ada yang dah agak lama tapi semuanya  masih di dalam keadaan yang baik. 

Hotel menyediakan perkhidmatan lif.

Bilik hotel sederhana besar dengan katil, televisyen, cerek elektrik, almari, air cond dan kipas.
Okay je la untuk standard hotel bajet cumanya mungkin pihak pengurusan hotel boleh menukar tuala yang sedia ada sebab tuala yang kitaorang dapat telah koyak rabak yang mana bila kita pakai memang akan terseksi la di sana sini hehehehehhehe. Memang kena tukar kepada tuala baru la den rasa.

Hotel bajet yang cukup serba serbi sekiranya kita memerlukan penginapan segera di Kuala Selangor.

0 Comments