WA Shipwreck Museum
Tarikan utama Western Australia
Shipwreck Museum atau WA Shipwreck Museum adalah ianya menempatkan tinggalan
Australia’s oldest shipwrecks.
Tiada bayaran masuk dikenakan
untuk memasuki muzium ini. Sekiranya kita nak menderma untuk kelangsungan
operasi muzium ini, kita boleh masukkan sumbangan kita di dalam kotak yang
disediakan.
Serpihan atau tinggalan
daripada Dutch East Indiaman Batavia yang tenggelam di Houtman Abrolhos pada
tahun 1629 merupakan shipwreck yang paling istimewa yang wajib dilawati di
muzium ini. Shipwreck ini ditemui oleh ahli arkeologi lautan (marine
archeologist) pada 1972 dan dibawa pulang ke Fremantle untuk kerja-kerja
pemuliharaan dan pemeliharaan.
Banyak maklumat yang direkodkan
tentang Dutch East Indiaman Batavia ni. Satu ruang khas hanya untuk dia je.
Model kapal Dutch East Indiaman Batavia |
Den juga terpesona tengok
Zuytdorp Anchor yang merupakan sauh yang terbesar yang dijumpai karam di
kawasan Western Australia. Serious bapak besar tapi memang logic la kan sebab
kebanyakan vessel dulu-dulu memang besar bagak kot.
Ada juga dipamerkan pelbagai
replika kapal, sejarah pelayaran dan navigasi, diving helmet dahulu kala, khazanah
yang ditemui dari kapal-kapal yang karam seperti duit perak, paip, pasu,
pinggan, etc, gambar-gambar eksplorasi mencari dan mendapatkan tinggalan kapal
karam.
Menarik baca setiap maklumat
yang dikongsikan sebab memang perkara baru kepada den. Orang putih memang
champion la kan bab dokumentasi dan penyimpanan rekod. Serious den kagum dengan
depa sebab boleh ada maklumat yang terjilid sejak tahun 1600an.
Ada juga dokumentari tentang
penemuan dan pemeliharaan serta pemuliharaan tinggalan kapal karam yang
ditayangkan tetapi memang la den tak sempat duduk tengok sampai habis.
Disebabkan lawatan kitaorang
kat sini tidak lama mana pun, jadinya tak sempat nak baca semua maklumat secara
sepintas lalu pun.
#Rasanya kat mana-mana muzium
yang den terpegi, memang tak sempat pun nak berlama-lama. Haish…..
Ada satu ruang kecil disediakan
khas untuk kanak-kanak membuat aktiviti bertemakan kapal karam. Menarik sebab
kalau bawa kiddos boleh tinggalkan sekejap diaorang kat sini sementara kita nak
merayau membaca semua maklumat tentang kapal dan navigasi yang menarik.
Sama je macam set up yang den
jumpa di muzium di London, muzium ni juga menyediakan ruang cenderahati yang
menarik sebenarnya sebab di samping cenderahati biasa macam keychains, fridge
magnets dan postcards, ianya juga menyediakan pelbagai jenis buku berkaitan
dengan laut, pantai dan vessel (kapal) yang melangkau pelbagai peringkat umur.
Ada buku untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Serious menarik. Siap ada
souvenir serbuk teh Australia lagi.
Muzium adalah antara tempat
yang jarang den nak pergi kalau berjalan dengan family atau kalau den buat
tentative sendiri. So bila tour guide dah masukkan dalam tentative program
walaupun pada mulanya nampak macam tak best mana sebenarnya baik untuk minda
dan hati bagi kita menghayati sejarah navigasi secara tidak langsung.
#Den
baru pergi 2,3 buah muzium di London dan Perth nih ha yang tidak mengenakan
bayaran masuk. Den tak pasti la kalau kebanyakan muzium di negara omputih
memang cenggini.
0 Comments