La tak habis lagi ke cerita pasal Perth ni? Heheehehhehee. In sya Allah this will be my last entry about Perth yar bagi sesi berjimbaan pada kali ini.

1. Sekiranya nak berjimbaan menggunakan tourist guide, make sure pilih tourist guide yang boleh dipercayai. Ada banyak je tourist guide. Pilih yg base kat Perth la yang paling senang untuk elak ditipu, etc. Ada banyak travel guide orang Malaysia kat sini macam Perthtravelbeehunt, Jalan2Perth, AbangPencenPerth, etc.

2. Tengok betul-betul musim nak berjimbaan ke Perth ni sebab Perth terletak di Hemisfera Selatan so Spring adalah pada mid August - Oktober.

3. Tulips biasanya berbunga mid August - mid September. Datang mid August-awal Sept tuh memang semua tulips sedang cantik la. Masa kitaorang tengok tulips pd 5 September, dah ada tulips yang kembang. Tulips nih cantik masa kuncup. Masa kembang memang tak lawa.

4. Tulips di Araluen Botanic Park. Make sure sampai paling awal at 9 am. 1 jam dari Perth City. Perlu spend at least 3 hours lagi-lagi kalau spesies setiap port nak bergambar (tak termasuk la 1 spot ambil gambar sampai 10 kali sebab tak puas hati shot tak cun.....sapa la tuh kan). Tengok semua tulips dari kawasan landai hingga naik ke atas bukit. Sila naik tram 5$ dia akan pusing the whole area. Sila minum kopi sambil menikmati pemandangan tulips. Boleh beli souvenir di gift shop.

5. Kalau nak ke ladang apple dan anggur, kena datang bulan April - May. Masa tuh buah dok galak masak.

6. Buat visa sebulan awal sebelum tarikh penerbangan ke Perth sebab visa tuh laku untuk setahun. Ini adalah penting sebab sejak-sejak banyak sangat isu orang Malaysia petik buah di Australia guna visa pelancong, etc kerajaan Australia sangat strict. Ada sorang mamat nih cerita disebabkan nama dia adalah nama yang familiar bagi orang yang ditangkap petik buah tanpa kebenaran (mungkin nama Malaysia yang normal macam Ahmad, Muhammad, etc), dah permohonan visa dia sangkut sampai dia perlu berurusan dengan kedutaan Australia di Malaysia utk settlekan isu visa dia nih.

So better la buat awal visanya in case ada isu-isu yg perlu diselesaikan.

7. Print itinerary dalam English dan boarding pass balik Perth - KUL untuk buktikan yang kita memang datang melancong je, takde plan nak overstay untuk kutip buah, etc.

8. Declare semua bahan makanan serta ubat-ubatan yang dibawa ke Perth. Sediakan deskripsi jelas tentang setiap bahan yang dibawa. 

9. Food yang dipack sendiri macam sambal bilis mak yang sangat sedap, serunding, etc tanpa packaging formal akan ditolak ye. Nak mudah bawa maggi, brahims product, sardines, etc. Kalau nak bawa beras beli yg sekilo-sekilo tuh ye (tapi beras ada je la jual kat Coles dan Woolsworth tuh ha).

Urusan kitaorang masa kat Imigresen hari tuh smooth je. Mungkin sebab kitaorang pun tak bawa banyak barang mentah + dah siap tulis jenis barang serta ingredients, so sekejap je la checknya. Pegawai imigresen tuh siap cakap 'no brahim? no bawang' hhehehehehehe.

10. Untuk sebarang ubat, paling molek dan digalakkn mendapatkan surat rujukan daripada Doktor. Senang tak berdakwa dakwi nanti Imigresen suspek dadah terlarang ke apa.

11. Tak perlu bawa banyak bahan mentah dari Malaysia. Kitaorang berempat masak untuk breakfast dan dinner guna beras tak sampai 2 kg + 3 tin besar sardin + 8 bungkus maggi kari sepanjang kitaorang kat sini (masak 2 kali breakfast dan 4 kali dinner). Nih makan yg bersungguh-sungguh menambah kalori yang boleh buat coach pemakanan sakit jantung tau.

12. Kalau temanya memang tak nak masak langsung, memang nak makan kat luar, sorang adult kena sediakan at least 15$ utk setiap kali makan. To be on the safe side, sediakan 20$ utk setiap kali makan ye. 3 kali makan (breakfast, lunch & dinner = 20$ x 3 = 60$/seorang dewasa. 

13. Hadlaju jalan biasa 60 km/hour. So kalau drive sendiri kena ambil kira masa yang perlu diambil sebab hadlaju yang berhemah ni. 

14. Perlu juga ambilkira yg Perth nih by 6 petang dah gelap. Tak digalakkan untuk drive waktu malam terutamanya di kawasan suburb sebab kangaroo akan tertarik dengan cahaya lampu kenderaan. Takutnya kangaroo melompat kat cahaya lampu kenderaan, dah accident plak nanti.

15. Passengers seat belt adalah wajib dipakai ye. Kalau penumpang tak pakai seat belt driver kena saman 300$ + setiap penumpang yang tak pakai seat belt kena saman 300$.

16. Homestay nya adalah sangat strict ye. Dia kira ikut kepala. Kalau katanya rumahnya tuh ada 2 bilik je maka hanya 4 orang yang boleh menginap kat situ.

Member ofis kitaorang yang datang 4 sekeluarga tuh booking 2 homestay je sebab diaorang bajet macam homestay Malaysia la, boleh sumbat berapa ramai orang pun di dalam 1 homestay. Nak pula semua anak-anak bawah umur 6 tahun kan.

Diaorang bajet 1 homestay 2 bilik nak duduk 2 family. End up with depa kena tambah lagi 2 homestay sebab 1 homestay 1 family je (2 adult + 2 kiddos). Mujur sangat bawa kad kredit.

0 Comments