The Lollipop Shoes by Joanne Harris
“She
make it all sound so very straightforward; as if our lives were not a house of
cards, every decision, every choice carefully balanced against a multitude of
other choices and decisions, precariously stacked against each other and
leaning, tilting with every breath”.
Sebuah buku sequel to Chocolat yang
menyebabkan den berjaga membacanya dari 8 malam sampai 3 pagi. Den rasa Chocolat
merupakan buku terbaik setakat ini daripada Joanne Harris. Walau bagaimanapun, The
Lollipop Shoes tetap sangat menarik dan mengujakan jalan ceritanya.
Jalan ceritanya bermula lebih kurang 4 - 5
tahun selepas Festival Chocolat yang merupakan ending kepada buku Chocolat tuh.
Vianne Rocher dan anaknya Anouk telah menukar nama kepada Yanne Charbonneau dan
Annie serta dilengkapi dengan seorang ahli keluarga baru yang merupakan seorang
budak perempuan bernama Sophie yang berusia 3 tahun lebih dan meneruskan
kehidupan di Paris dengan menjual coklat biasa. Diaorang dah tak buat coklat
seperti di dalam buku Chocolat kerana ada beberapa siri insiden yang berlaku
yang menyebabkan Vianne takut atau serik nak menolong orang ramai dengan magis
melalui ramuan coklatnya.
Seorang ahli sihir yang menyerupai gadis
manis bernama Zozie dengan kasuk cantik berwarna merah terang muncul di dalam
hidup Vianne dan anak-anaknya yang terumbang ambing di dalam meneruskan
kehidupan dengan memberikan semangat baru untuk mereka terus hidup with true
self iaitu dengan pembuatan coklat yang telah lama mereka lupakan.
Walaupun Zozie ala-ala savior mereka
sekeluarga, Zozie sebenarnya mempunyai niat jahat untuk memerangkap Anouk
supaya mengikuti beliau.
Di saat-saat genting di mana Zozie berjaya
membuatkan Anouk menyebelahi beliau dan hampir meminggirkan ibunya Vianne,
muncul pula Roux secara tiba-tiba mengeruhkan lagi keadaan.
Akhirnya kasih sayang dan kebenaran berjaya
mengatasi kejahatan.
Walaupun perjalanan untuk Vianne, Anouk,
Sophie dan Roux masih jauh dan Zozie pergi membawa pergi kejahatannya, at least
buat masa sekarang they have each other (that is another kind of magic).
Buku nih termasuk di dalam buku yang once you
started read it, it will be impossible to put it down. Sebab tuh la jadinya nak
baca satu chapter je lagi sebelum tidur berakhir dengan den menghabiskan sebuah
buku pada pukul 3 pagi.
Another book that will not
be sold or donate. Will go into my best books collection that will be reread
again in the future.
0 Comments