Round House merupakan bangunan yang tertua di Western Australia yang dibina pada 1830 dan beroperasi pada 1831. Bangunan ini telah banyak kali sebenarnya dicadangkan untuk dirobohkan tetapi disebabkan komuniti setempat dengan bersungguh-sungguh memperjuangkan pengekalan bangunan ini, ianya sehingga hari ini masih kekal berdiri utuh di Perth ni.

Asalnya ia dibina sebagai penjara yang turut mengandungi terowong.

Ianya beroperasi sebagai penjara sehinggalah Fremantle Prison (yang kitaorang lawat di awal tour di hari kedua ni) beroperasi.

Sejak Round House ini dibuka kepada orang ramai sejak 1982 oleh Majlis Perbandaran Fremantle, ianya tidak mengenakan sebarang bayaran kepada pengunjung tapi disediakan kotak sumbangan in case kita ingin menderma untuk conserve dan preserve bangunan ni.
Di dalam ruang yang merupakan sel penjara pada dahulunya diletakkan maklumat tentang jenis jenayah yang dilakukan dan dipenjarakan di sini. Walaupun kawasannya tiada la sebesar mana tetapi tetap la jua banyak maklumat yang dipamerkan di sini.
Ada diletakkan satu tempat pasung di sini yang pada dahulunya digunakan untuk menghukum pesalah. Boleh je la kalau kita nak masuk dalam pasungan nih dan mengambil gambar tapi kitaorang malas la plak heheheehhe.
Kitaorang cuma bergambar di Curfew Bell yang mana dibunyikan pada satu ketika dulu untuk memberi maklum kepada banduan yang diberi parol agar balik ke tempat penginapan mereka sebelum 10 malam.
Dari puncak Round House dan taman yang sebenarnya ada pemandangan laut yang sangat cantik yang sangat sesuai untuk bergambar tapi kitaorang tak bergambar sakan kat sini pun.
Kitaorang sakan bergambar dekat tangga nak naik ke Round House bagi menampakkan pemandangan kawasan bandar tuh sendiri hehehehehehe.

0 Comments