REVIEW: Tidak Perlu Berpeluh Bagi Menghilangkan Kesan Minyak Degil, Hanya Dapatkan Pakar Ini!
Kini bulan
baharu telah tiba sebelum menuju ke akhir tahun dan sesuatu yang baharu pula akan
bermula. Ini menunjukkan lebih banyak musim perayaan akan berlangsung sepanjang
bulan ini!
Bermakna
anda perlu bersedia untuk memastikan rumah, tempat anda bekerja atau peralatan
anda berada dalam keadaan bersih dan berkilat serta menarik sempena musim
perayaan akan datang, dan juga bagi membolehkan anda bersedia untuk sesuatu permulaan
yang baik sempena permulaan tahun baharu yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Bagaimanapun,
perkara yang mengecewakan kebanyakkan orang adalah apabila mereka perlu
membersihkan kesan kotoran atau minyak (gris) degil. Mereka sedih apabila
pemilik dianggap kurang teliti untuk membersihkan- ataupemalas untuk membersihkan
dan ini mampu menjejaskan suasana yang bermakna untuk diabadikan di media
sosial Instagram.
Pernahkah
anda mencuba membuang kesan kotoran minyak degil dan akhirnya kepenatan kerana
tidak mampu membersihkannya? Nah, jika anda serius untuk melakukannya, anda
hanya perlu membawa pakarnya iaitu WD-40®Specialist™ Fast Acting Degreaser
(Pakar Penghapus Kesan Minyak Pantas WD-40®) .
Penyelesaian
berasaskan air yang bertindak pantas menanggalkan kesan berminyak, gris,
kotoran, sabun dan sisa kotoran degil. Buihnya mempunyai fungsi terbaik dan cepat
bertindak serta menyerap di atas permukaan yang anda mahu bersihkan, dan ia
juga mudah dibersihkan.
Dan ia boleh
digunakan pada pelbagai jenis permukaan, termasuk besi, penutup ekzos dan
lantai.
Dan, paling
penting ia adalah selamat digunakan untuk besi, kaca,plastik, getah, aluminium,
termasuk permukaan bercat!
Bagi kesan
minyak degil, hanya perlu biarkan beberapa saat untuk membolehkan formula ini
menembusi bahagian yang hendak dibersihkan, sebelum anda lap. Produk ini juga
bagus untuk membersihkan roda aloi, rim tayar dan komponen enjin.
Penghapus
kesan minyak ini juga mematuhi arahan Sekatan Bahan Berbahaya (RoHS), yang bertujuan
untuk melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar yang bertindak menghalang bahan
terlarang dan berbahaya seperti logam berat dan bahan kimia persisten
Brominated Flame Retardants (BFR).
0 Comments