Caversham Wildlife Park - Swan Valley - Chicken Charcoal - Pandora

Hari keempat atau hari terakhir kitaorang berjalan-jalan di Perth sebelum pulang ke reality dan Malaysia keesokannya dimanfaatkan sepenuhnya walaupun ada perubahan sedikit kepada jadual sesi berjimbaan.

Lepas je breakfast kitaorang terus ke bergerak ke Caversham Wildlife Park dan merupakan antara kalangan pengunjung pertama yang sampai di situ. Ini adalah penting supaya memastikan kita dapat tengok semua binatang yang rare macam kangaroo, koala dan wombat within stipulated time tanpa beratur panjang k. Nanti den share tips ke Caversham Wildlife Park nih ye. Kitaorang spend masa almost half day kat sini.
Seterusnya kitaorang ke Swan Valley. Biasanya orang akan buat 3 agenda di Swan Valley ni iaitu ke kawasan coklat, madu dan kekacang tapi disebabkan kitaorang nak mengejar masa sebab terdapat ahli group kitaorang yang merupakan kakak kawasan dan peminat tegar Pandora, kitaorang hanya pergi ke gudang coklat sahaja.
Lepas sakan merasa sample coklat dan shopping coklat sekupang dua kitaorang singgah sebentar di sebuah masjid untuk solat. Tak ingat dah apa nama masjid yang baru siap dibina tuh. Masjid Bosnia ke ape. Lupa sudah.
Tempat ketiga sesi berjimbaan kitaorang pada hari keempat ini adalah sesi makan tengahari di Chicken Charcoal yang merupakan salah satu port makan yang wajib singgah kalau ke Perth katanya. Memang sedapppp ayamnya.
Akhirnya kitaorang singgah ke pasaraya apa entah yang den lupa namanya untuk menjenguk kedai Pandora. Tak pasti la memang takde promotion ke masa tuh atau apa, harga Pandora kat kedai ni macam lebih kurang je kat Malaysia tapi alang-alang dah sampai kan, makanya member den beli la juga sebentuk cincin Pandora dari Perth buat kenangan gittew.

Sampai je homestay kitaorang mulakan sesi memasak dinner terakhir di Perth sebab nak menghabiskan stok barang mentah yang ada, setakat yang boleh dihabiskan.

Lepas dinner, semua orang dok kalut dengan sesi mengemas beg pakaian dan bersedia untuk bangun pukul 3 am keesokkan hari bagi memulakan misi pulang ke pangkal jalan.

Begitulah cerita hari terakhir kitaorang di Perth sebelum berangkat pulang.

0 Comments