Did you know that the sound of an African elephant was used in the movie Jurassic Park for TRex?

Novel ini mengisahkan tentang Jenna, seorang budak 13 tahun yang tidak berputus asa cuba merungkai misteri kehilangan ibunya Alice semasa dia berusia 3 tahun, selepas berlaku satu insiden tragis di Santuari Perlindungan Gajah yang menyebabkan ayah beliau Thomas dimasukkan ke hospital psikitari dan santuari tersebut ditutup.

Jenna berjaya memaksa Serenity, seorang psikik yang telah hilang keyakinan terhadap keupayaannya dan Virgil, seorang bekas detektif polis yang hidupnya dihambat rasa bersalah kerana kealpaannya menguruskan satu siasatan untuk membantu beliau mencari ibunya.

Bagi seorang anak yang ibunya tiba-tiba meninggalkan beliau tanpa khabar berita, sememangnya persoalan yang sering berlegar-legar di kepala anak kecil tersebut sejak beliau mula boleh ingat tentang sesuatu perkara baik dalam buku ini atau dalam hidup realiti di dunia antaranya adalah:

1) kenapakah ibu tinggalkan saya;

2) adakah ibu tak sayang kepada saya;

3) sekiranya ibu terpaksa pergi, kenapa ibu tak bawa saya sekali;

4) ibu ingat kat saya selalu tak;

5) sekiranya ibu masih hidup, kenapa ibu tidak mencari saya kembali etc.

Serious kesian budak Jenna ni.

Di samping den dok berdebar nak tau apa yang sebenarnya insiden yang berlaku di Santuari Perlindungan Gajah tuh, den mendapat banyak maklumat baru tentang sifat gajah, rasa keibuan gajah, kesedihan gajah (elephant grieveness), cara hidup gajah, apa jadi kepada gajah yang kehilangan ibu di usia muda, cara gajah berkabung, elephant poaching, etc.

Bagi sesiapa yang jarang tengok dokumentari, nih semua maklumat baru la untuk den.

Novel Jodi Piccoult yang baru 2,3 buah den baca memang temanya kekeluargaan tapi kali ni disertakan sekali dengan elemen mistik yang sungguh den tak terjangka yang bermula di mukasurat 360. Serious twisted plot sungguh. Haish.

Novel yang endingnya den tak terjangka langsung macam 'what the heck happened? What did I read just now? Eh did I missed some pages?' 

Gitu la perasaannya sampai den baca semula muka surat 360 sampai mukasurat 398 iaitu mukasurat terakhir novel ni. 

Buku nih menyebabkan den jatuh chenta kepada Jodi Piccoult padahal memang dah banyak kot karya dia yang best seller.

0 Comments