Kailis' Fish & Chip, Perth
Selepas minum kopi hipster
harga yang sebenarnya tak beberapa nak mampu milik tuh, kitaorang terus je ke Kailis'
Fish & Chip yang merupakan restoran yang wajib dikunjungi kalau ke Perth
khabarnya. Kalau pergi Perth tak singgah makan di sini, macam tak lengkap
gittew.
Rezeki kitaorang masa sampai
kat sini restoran masih lengang.
Disebabkan den pernah makan
fish and chips di London yang portionnya bapak besar sampai tak habis makan
walaupun telah dipaksa untuk telan jua sampai nak termuntah, makanya den cadangkan
supaya kitaorang beli 3 set aje la fish and chips di sini. Kalau tak cukup kita
tambah kengdian gittew.
Mujur sangat beli 3 set fish
and chips sahaja sebab memang portion nya besar nak-nak lagi chips nya tuh,
gedabak sungguh. Itu pun jenuh kitaorang berempat nak menghabiskannya. Kentang
goreng tuh memang tak habis sudahnya.
Sila bawa sos cili tau sos
tomato sendiri dari hotel/homestay tau sebab sos cili kat restoran ni kena
bayar asing. Mujur la tour agent kitaorang bawakan sos cili untuk kitaorang, so
takde la kena beli sos cili di situ.
Makan fish and chip wajib la ada
sos cili lagi-lagi kalau nak cicah fries tuh ha. Kalau tak macam tak tertelan
je rasanya.
Mohon jangan ditinggalkan biar
berpaling sedetik cuma kalau makan fish and chip di ruang luar/jeti/pelantar restoran
tuh ye sebab burung camar yang pulang tuh dengan begitu cemerlang sekali akan
merembat fish anda dan membuatkan anda terkebil-kebil melihat fish and telah
hilang dari pinggan.
Rupa innocent nih tapi sakan merembat makanan orang |
Masa kitaorang makan tuh,
memang ada kejadian burung camar mencilok fish di pinggan seorang customer di depan
mata. Sedih ye sebab dah bayar AUS$15 atau RM45 untuk sepinggan fish and chips,
tak sempat nak merasa walau secubit dah jadi rezeki burung camar tuh.
Ada je la seafood lain selain
fish and chips di sini macam lobster, ketam, udang, etc tapi antara tergamak ke
tidak kita nak membayar harganya je la ye. Kalau den makan lobster tuh den dah
macam kena balik terus ke Malaysia sebab habis terus duit untuk makan dan
berjimba selama 4 hari hari di sini sebab bapak mahal.
Lepas makan di sini jangan lupa
bergambar ria ye sebab pelantar dan restoran nih menyajikan view yang sangat
cantik untuk kita rakamkan buat kenangan.
Gembira dapat bergambar dengan pencilok makanan |
Rasa fish and chips nya biasa
je sebenarnya (ikut tekak den la), boleh jumpa kat restoran kat Malaysia pun
tapi view dan pelantar yang menempatkan restoran tuh yang special di sini.
Kalau
dah memang datang ke Perth, sila la singgah ke sini sebab macam kita ke Kuala
Sepetang Perak la, kalau tak singgah makan mee udang Mak Jah, macam tak lengkap
je sesi berjimbaan kita di situ hehehehhehe.
3 Comments
Hehhehee.. betul tu fish & chip dia biasa2 je.. kami ada jumpa fish & chip yg sedap masa kat NZ.. nantilah sy cite dlm travelog eh.. hehhee.. doa2kan siap travlog tu.. 😂😂😂 tapi kat sana wajib cuma makan kat Charcoal Chicken kat Daniella.. lamb dia tersangatlah sedap! Kami siap repeat 2kali kat situ..
ReplyDeleteMaksud saya kat Perth tu wajib cuba Charcoal Chicken.. ada try tak makan kat situ?
DeleteHa....kitaorang makan di Charcoal Chicken tuh tapi makan ayam je. Kena la repeat Perth lagi gamaknya ye sebab nak kena rasa lamb dia yang tersangat sedap tuh
Delete