Setelah
busy bekerja mencari nafkah untuk keluarga, mesti korang nak award diri korang atau
bercuti bersama keluarga kan? So apa kata korang plan weekend korang seawal
mungkin, so that korang dapat rehatkan minda dan fizikal korang, berbonding
bersama keluarga dan dapat energy balik untuk restart semula bekerja. Tak perlu
pergi jauh pun pegi dekat-dekat pun okay.
Actually
den nak ajak korang ke Port Dickson. Ada apa dengan Port Dickson tu? Haa baca
elok-elok k. Den akan citer kat korang pasal Port Dickson. Walaupun den pernah
duduk Port Dickson selama 5 tahun masa sekolah dulu tetapi tetap la jua den
suka ke Port Dickson ni kalau nak short vacay. Kadang-kadang bila sampai angin
tetiba rasa nak berjalan, Port Dickson adalah antara tempat yang termasuk dalam
list sebab tak jauh mana pun dari Shah Alam ni.
Dekat
Port Dickson ada satu pantai yang dekat dengan teluk kecik di Cape Rachado.
Nama pantai ni ialah Pantai Blue Lagoon. Jarak dia dari bandar Port Dickson cuma
18 km jer. Air laut kat sini cetek dan tenang sebab pantai ini dilindungi oleh
teluk buatan. Tempat ni sesuai untuk budak-budak kecik mandi laut. Ianya juga
terletak berdekatan dengan Hutan Lipur Tanjung Tuan dan korang akan dapat
tengok hidupan liar seperti tupai, monyet dan burung. Siapa yang suka bird watching atau birding memang boleh mencuba nasib tengok pelbagai spesies burung
yang ada di sini. Pada waktu malam pula korang boleh nampak lampu suluhan rumah
api Cape Rachado merentas air laut. Bayangkan view yang awesome dan menenangkan
camtu.
|
Sunset di Port Dickson yang den sempat tengok. Cantik kan? |
|
Sakan anak-anak den bergelinjangan di pantai Port Dickson |
Lepas
tu dekat dengan Pantai Blue Lagoon ada Rumah api Tanjung Tuan atau nama lain
dia Cape Rachado Lighthouse yang merupakan salah satu mercu tanda popular
yang sering menjadi tumpuan orang ramai yang datang bercuti ke Port Dickson. Ianya
dianggap rumah api yang tertua kat negara kita dan dibina pada abad ke 16,
zaman Portugis memerintah Melaka. Semenjak itu rumah api ni dibaikpulih
beberapa kali oleh Kerajaan British, kali pertama pada tahun 1817, dan bangunan
yang boleh dilihat sekarang disiapkan pada tahun 1863. Rumah api tu juga adalah
sebuah radar MEASAT yang dibina pada tahun 1990.
Ada
satu lagi tempat yang dah viral kat social media iaitu Alive 3D Art Gallery
Port Dickson. Kalau korang hardcore selfie atau suka tangkap gambar lain dari
yang lain semasa bercuti, korang pasti akan jatuh cinta dengan tempat ini.
Terdapat sebanyak 50 lukisan 3D beraneka tema yang mana setiap satunya
menjanjikan ilusi yang berlainan. Antara 5 tema yang korang boleh jumpai di
sini adalah aquarium, adventure, animation, seni dan exotic.
Kepada
korang yang minat badan beruniform, korang boleh singgah ke Muzium Tentera Port
Dickson. Muzium ini adalah antara muzium tentera yang terbesar di negara kita
dan terletak bersebelahan dengan Pusat Latihan Tentera Darat Malaysia. Muzium ini didirikan untuk memberi peluang
kepada orang ramai belajar serba sedikit mengenai sejarah perjuangan angkatan
tentera negara kita. Untuk korang yang lupa sejarah pun memang sesuai datang ke
sini. Hehehehehe. Di sini terdapat 9 galeri berbeza yang akan membawa korang kembali
ke zaman penjajahan Portugis hingga ke zaman penjajahan Jepun. Di samping itu,
korang dapat melihat pameran kereta kebal dan jet pejuang di bahagian luar
muzium. Den pernah bawa keluarga datang ke sini. Den boleh katakan muzium ni
setanding dengan muzium di oversea. Menarik dan penuh dengan fakta yang
menarik.
|
Antara jet yang ada di depan muzium |
|
Antara maklumat yang ada di muzium |
|
Anak den nak masuk ke terowong yang terdapat di muzium ni. Dalam terowong nih pun ada maklumat k |
Salah
satu tapak bersejarah yang popular di Port Dickson adalah Kota dan Muzium
Lukut. Ia merupakan sebuah kubu yang didirikan diatas bukit oleh Raja Jumaat
pada tahun 1847. Muzium ini menjadi rumah kepada artifak dan gambar yang
berkaitan dengan sejarah pelombongan biji timah di kawasan Lukut. Terdapat 4
galeri pameran utama iaitu Sejarah, Teknologi, Negeri Sembilan dan Nassau.
Bagus gak kalau korang interested nak tahu sedikit tentang sejarah pentadbiran,
pertahanan dan system ekonomi yang dilaksanakan di Kota Lukut pada zaman itu.
Learning from the history gittew.
Untuk
pecinta haiwan atau family yang ada anak kecil yang biasanya memang excited
tengok binatang, korang boleh pergi ke Pusat Penternakan Burung Unta atau lebih
dikenali sebagai Port Dickson Ostrich Farm yang terletak 9 kilometer dari Jalan
Pantai Port Dickson. Kat sini korang dapat belajar tentang burung yang besar
ini sambil berinteraksi dengan haiwan tersebut. Antara haiwan lain yang
menjadikan tempat ini rumah mereka adalah keldai, kambing, arnab dan angsa.
Kanak-kanak boleh menyentuh dan memberi makanan kepada haiwan kecil ini.
Untuk aktiviti pula, dengan bayaran yang kecil, korang dapat menunggang Burung
Unta, menaiki ATV, atau bermain paintball.
|
Macam berani nak bagi ostrich makan tapi sebenarnya takut ni |
|
Anak orang bandar cenggini la. Tengok angsa pun excited. |
|
Keldai pun ada je ni ha kat sini |
Mungkin
korang sedar Port Dickson memang banyak rumah bertema ilusi dan yang ini pula
pasti akan membuatkan korang rasa bagaimana kalau hidup di dalam dunia
terbalik. Rumah Terbalik Port Dickon merupakan sebuah rumah kedai yang
diubah suai menjadi tarikan pelancong dan menjanjikan suatu pengalaman
bergambar yang berbeza. Di sini korang boleh menjumpai semua bilik yang ada di
rumah biasa. Bezanya semua bilik di sini terbalik seolah-olah korang berjalan
di atas bumbung.
So dalam banyak-banyak tempat korang nak pergi
mesti korang kena stay 2 malam kan. So nak stay kena
cari hotel in Port Dickson kan. Jangan risau, Traveloka sedia nak tolong korang cari hotel yang ideal
ngan korang. Jangan malu jangan segan cepat-cepat book hotel through Traveloka.
4 Comments
Thanks info.. menarik sangat ni.. boleh masuk buku list cuti2 malaysia.. hehhhe..
ReplyDeleteHa tempat wajib pergi kalau singgah ke Negeri Sembilan
Deletewah! x sangka ada byk tempat menarik di PD.
ReplyDeleteKan....selalu kalau sebut PD orang ingat pantai PD je tapi sebenarnya banyak tempat best lain kat PD ni.
Delete