Lepas sakan merabakkan wallet yang tak beberapa nak gah dengan bershopping souvenirs dengan riang ria di Freo Souvenir Shop tuh, kitaorang mengambil angin sambil bergambar sakan di kawasan Fremantle Area dan Capuccino Street.

Bangunan-bangunan yang terdapat di Fremantle Area nih memang cantik-cantik yang mana kebanyakannya memang ada rekabentuk ala-ala era zaman medieval atau Elizabethan. Untuk orang yang berjiwa old school, peminat tegar epic historical movies, a Potterhead dan membesar di era Disney princesses macam den nih ha, tempat-tempat yang mempunyai bangunan sebegini memang my kind of cup of tea.
Memang kalau diberi masa satu hari suntuk kat sini pun den okay je jalan kaki sorang-sorang nak explore this area dan mengambil seberapa banyak gambar yang larat tapi itu la dah masa memang sangat terhad, kita berjalan ke mana yang sempat aje la within stipulated given time.

Dalam dok berjalan ria dan bergambar sakan tuh, kitaorang tersampai juga di the fame Frematle Market. Walaupun ianya tutup pada hari tu, dapat juga la kitaorang bergambar di hadapan bangunannya. Ala-ala tak dapat shopping di Frematle Market, dapat bergambar di pintu masuk bangunannya pun tak apa la, gittew la konsepnya.
Cantik plak gambar kitaorang semua kat pintu masuk Frematle Market ni. Rezeki pula cuaca cantik dan menumpang kasih iPhone orang, memang la comel je semua gambar di sini hehehehehehe.

Jarak dari Freo Souvenirs Shop ke Frematle Market tuh dalam 10 - 15 minit berjalan kaki.

Ada banyak tempat dan bangunan yang instagramable di sini. Antara lalu dan tidak aje la nak berposing.
Sejenis obsesi terhadap Nicki Minaj depa berdua ni
Sempat juga den hasut ahli rombongan untuk singgah sebentar di sebuah kedai buku yang ditemui iaitu Elizabeth’s Second Hand Bookshop. Boleh tahan harga bukunya. Ada yang 2 AUS$10 di mana sebuah buku jatuh dalam RM15. Harga yang lebih kurang sama bagi beberapa buku di Malaysia. Terkinja-kinja aje la hati ni nak beli buku tapi disebabkan tak cukup masa nak belek buku-buku yang ada di situ + tiada bajet untuk membeli buku sebab dah sakan shopping souvenirs, den singgah untuk pegang buku sekupang dua aje la.
Kedai buku nih dah berusia 45 tahun.
Itu je la rasanya kedai yang kitaorang singgah pun. Tak terasa nak singgah kedai-kedai lain sebab tiada berkepentingan. Semua souvenirs dah beli pun, makanya jalan-jalan ambil angin dan ambil gambar aje la temanya.

On the way nak balik ke tempat letak kereta, kitaorang singgah minum kopi di Capuccino Street yang merupakan laluan kitaorang berjalan-jalan dari Freo Souvenirs Shop ke Fremantle Market tuh.

Kata tour guide, jalan tuh orang panggil Capuccino Street sebab ada banyak kedai kopi di situ. Kalau telinga den pada waktu tuh terpleot dan tersalah mendengar dan memproses maklumat, sila la maafkan ye.

Kitaorang pilih kedai yang nampak paling comel sekali pada mata kitaorang dan meletakkan menu yang memaparkan harga kopi di luar restoran.
Masing-masing ordered kopi yang berbeza supaya kita boleh rasa semua kopi heheheehehehe. Ada mocha latte, latte, mocha dan lagi satu tak ingat apa tapi ada letak cinnamon.
Memang best la perasaannya bila dapat menghirup kopi hipster panas (walaupun harganya mengerikan, secawan AUS$15 atau bersamaan dengan RM45) dan bersantai di tempat yang dingin dan nyaman sambil bergosipan. Perasaan camnih selalu wujud bila pergi berjimbaan je hehehehehehehe.

2 Comments

  1. seronok sgt tu berjimba di Freemantle. Cuaca pun baik mcm di Malaysia. Ke mana destinasi seterusnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best mengambil angin kat sini Abam Kie. Belum tau nak ke mana lagi tahun depan sebab belum mula tabungan untuk berjimba lagi hehhehehe

      Delete