Elizabeth Quay, Perth
Seterusnya kitaorang
berjalan-jalan mengambil gambar dan melihat pemandangan di Elizabeth Quay. Serious
cantik pemandangan kat sini. Nak pula cuaca memang cerah dan cantik, tumpang
pula mengambil gambar menggunakan iPhone orang, memang berganda-ganda meriahnya
gambar yang diambil.
Tempat nih memang best untuk
kita berehat-rehat, melihat pemandangan, berkelah, menghirup udara segar,
bersantai, berjogging, etc. Kawasan nih antara satu tempat rekreasi yang
menjadi tumpuan ramai menurut tour guide kitaorang.
Gambar-gambar kat sini penuh
dengan warna biru sebab langit yang cerah menyebabkan air Swan River tampak
membiru dengan begitu cantik sekali.
Kitaorang berjalan-jalan kat sini sehingga ke Elizabeth Quay Jetty yang menempatkan feri dari situ ke jetty di seberang Swan River iaitu di bahagian South Perth (ke ape tempatnya den pun dah lupa la).
Kitaorang menyeberang satu
jambatan yang merentasi Swan River ni. Dari jambatan ni view memang cantik. So
of course la kitaorang tak melepaskan peluang untuk bergambar sakan kat sini.
View dari atas jambatan |
Feri dari Elizabeth Quay Jetty
ke jeti di South Perth tak lama pun, dalam 15 ke 20 minit je pun.
Selain naik feri biasa, kalau
ada banyak masa dan bajet yang lebih, boleh cuba naik Eco-Friendly River Cruise
atau Gondolas on the Swan. Bukan kat Venice je ada gondola. Kat Perth pun ada
ye.
Sepanjang kitaorang dok
berjalan kat kawasan nih, terjumpa pelbagai maklumat tentang tempat ini yang
diletakkan di sekitar Elizabeth Quay ni. Terdapat juga sebuah café dan taman
permainan di sini.
0 Comments