"The life we receive is not always what we choose".

"Hardships can harden even the best person".

"To keep false hopes is to prolong misery".

Another superb book from Amy Tan.

Among the best book from her.

Kisah kehidupan yang penuh ranjau berduri Lulu Minturn dan Violet Minturn yang berlatarbelakangkan kehidupan di Shanghai dan first class courtesan house, hidden world belonging to a bygone era.

Heartbreaking storyline yang menyebabkan den mengharapkan di akhir buku setebal 589 muka surat dengan saiz font yang halus ni, ada la secebis sinar harapan kebahagian untuk kedua wanita ini.

Kasih sayang yang diragut antara ibu dan anak perempuan. Perpisahan antara ibu dan anak yang meruntun jiwa, mengubah rasa, mengundang duka, tersalah sangka, merungkai cerita, mencari kemaafan di lubuk hati, etc.

Kisah cinta antara 2 darjat, 2 bangsa, 2 budaya merentas lautan, negara, banjaran gunung, etc.

Serious buku ni best sangat. 

Perincian setiap subplot tentang bagaimana nak jadi courtesan yang dipuja ramai dengan mengelakkan cheapskates, false love and suicide, barang kemas yang didambakan, perabot yang dapat menceriakan setiap sudut ruang yang sempit, pakaian yang membuatkan orang tidak jemu memandang, etc memang membuatkan kita seolah-olah berada di Shanghai pada awal 1900an dan terlibat di dalam penceritaan buku ni.

Susah oiii nak jadi courtesan yang berkualiti.

Etiquette for beauties of the boudoir:  

1. reputation is everything : to create romance & illusion - song-poems - melodies about mountain retreats, rustic ballads about maiden & young boys, classic about returning from war and slaying tigers, speak tune to make guests laugh, lively favourite for happy celebration & one farewell hynm.

Berapa banyak jenis lagu yang courtesan kena master untuk pelbagai jenis majlis. Nih baru cerita pasal lagu. Belum cerita pasal cara melayan tetamu di meja makan, cara senyum, lirik mata, etc. 

Susah oiiii nak jadi courtesan dambaan ramai.

2. Patrons and Cheapskates 

Courtesan must work towards 4 necessities : jewelery, furniture, a seasonal contract with stipend and comfortable retirement. Retirement = what will still provide a small bit of the freedom you enjoy.

Tengok betapa pentingnya matlamat/goal dan perancangan di dalam hidup. Even courtesan pun ada perancangan untuk bersara dengan selesa. Nih cerita pada zaman 1900an tau. Lagi kan pula kita rakyat marhaein yang hidup di era millennium nih. Memang wajib ada perancangan untuk persaraan yang terbaik yang bersesuaian dengan keperluan dan kehendak diri kita.

To get 4 necessities, courtesan must be clearheaded, firm, shrewd and quick thinking as businessman.

3. The Illusions

4. Fashion - imperial yellow jacket, kingfisher blue pantalets, imperial violet, layers of petals, embroidered flowery pattern, silk must be think and as lustrous as a pearl, Russian shaved white fox for chincilla, frog clapsed, etc.

Detail sungguh perincian yang dibuat pada baju sampai den boleh terbayang-bayang rupa baju tuh macam mana.

5. Accidents - clothes are like a theather curtain.

Supersticious stuff, feng shui, culture, etc.

Serious sangat detail setiap perkara membuatkan terbuai-buai perasaan den dan secara tak langsung den turut terjebak di dalam setiap penceritaan.

Dah lama tak baca buku yang membuatkan den terlupa makan minum, terlupa nak main Candy Crush, tak tertengok cerita kat televisyen, terabaikan anak-anak den sampai depa cakap 'mama ni asyik baca buku je tak nak main pun dengan kitaorang', etc.

It took almost 3 solid days to finished off this wonderful book.

It will take quite some time for me to recover from the greatness of this book and move on to read a new book.

0 Comments