The Christmas Train by David Baldacci
'Two people can care for each other but not
want the same things. Then it doesn't work, no matter how much you love each
other'.
Di kala semua shopping
malls dan buzz with the Christmas decoration lately, den secara tak sengaja
tercapai buku ni dari rak masa dok kalut packing last week.
Kena la buku nih dengan
tema Krismas sekarang ye sebab tajuknya pun dah menggambarkan kejadian yang
berlaku ketika nak menyambut Krismas.
Ianya mengisahkan tentang
penumpang keretapi di dalam perjalanan ke Los Angeles yang mempunyai pelbagai
kisah tersendiri. Disebabkan perjalanan menggunakan keretapi ini mengambil masa
yang panjang, secara tidak langsung, beberapa orang saling terberkenalan dan
menjalinkan persahabatan serta melalui pahit getir bersama-sama apabila
landasan keretapi mereka terkandas akibat ditimpa timbunan salji yang tiba-tiba
runtuh.
Ada sedikit je love story
dalam buku ni. Yang selebihnya tentang kehidupan.
Antara penumpang yang
menghiasi novel ini adalah:
1) seorang jurutera yang
merupakan orang kuat keretapi tetapi diberhentikan kerana syarikat keretapi
hendak mengurangkan kos;
2) seorang wartawan yang
telah penat membuat liputan tentang peperangan di seantero dunia;
3) seorang penulis skrip
yang hebat;
4) seorang voice over bagi
beberapa watak kartun yang sangat popular;
5) seorang pengarah filem
yang terkenal dan baik hati;
6) seorang undercover yang
orang ingat seorang perempuan yang sangat fussy;
7) seorang pekerja keretapi
yang mempunyai bakat menyanyi yang menyamai artis antarabangsa;
8) seorang bartender yang
merupakan peminat tegar Elvis Presley;
9) sekumpulan koir dari
gereja;
10) seorang lawyer yang
sangat bossy melampau, a douche bag, etc;
11) seorang lelaki yang
kematian anak dan isteri; dan
tidak terlupakan seekor
ular yang menyumbang kepada kekecohan di dalam keretapi tersebut hehhehehehe.
Novel yang sangat simple
dan straight forward tetapi menyebabkan den happy sebab ianya ala-ala festive
dan christmas spirit gittew.
A feel good book gittew.
Merupakan buku yang pertama
den baca daripada this author.
0 Comments