Semua orang yang menginap di Hatten Place Hotel dan Double Tree Hilton Hotel akan dapat complimentary access ke Sky Deck, 360° Panoramic View yang terletak di tingkat 44, the highest point in Melaka katanya.
Boleh je naik berapa kali pun ke Sky Deck ni tapi kitaorang naik sekali je la. 

So kalau menginap kat kedua hotel ni, sila rajinkan diri untuk naik ke Sky Deck nih k sebab free kot.

Bagi sesiapa yang tidak menginap di Hatten Place Hotel dan Double Tree Hilton tetapi tetap berhajat nak mengambil gambar serta melihat pemandangan pada paras the highest point di Melaka bolehlah naik ke Sky Deck ni dengan bayaran RM 15 seorang.

Tiket dan access untuk lif ke Sky Deck nih terletak di Ground Floor dalam Element Mall. Bapak laju lif dia sekejap sampai ke tingkat 44 tuh. Biasanya sebelum kita naik lif tuh, ada pekerja yang minta kita bergambar dan seperti biasa, gambar akan dijual dengan harga bapak mahal iaitu RM 50. So kalau tak nak ambil gambar pun takpe je.
Dikatakan sebagai Melaka’s Highest 360° Panoramic View tuh adalah kerana kita boleh lihat pemandangan laut Selat Melaka dan bandar Melaka di sepanjang deck tersebut.

Den rasa waktu paling cantik untuk tengok pemandangan dan bergambar adalah apabila matahari terbenam.

Masa kitaorang naik dalam pukul 6 petang tetapi masa tuh hujan renyai-renyai. Memang nampak pemandangan laut, penambakan pantai dan bandar Melaka tapi gambar tak beberapa nak cantik sebab hujan. 
Cenggini la kalau suruh papanya ambil gambar. Dia main bantai je asal ada gambar gittew konsepnya
Kitaorang lepak kat sini tak sampai 15 minit pun sebab hujan dan risau budak-budak dok berlari sana sini. Dah la penghadangnya kaca kan. Bila ada anak-anak yang sakan bergelinjangan memang agak risau la juganya. Memang berpegang tangan je la dengan budak-budak ni sebab risau ada adegan nak melompat tinggi ke apa.

Sempat la kitaorang menjeling-jeling ke dalam Restoran Gales di Sky Deck yang menyediakan hidangan halal nampak macam cozy tapi disebabkan hari Sabtu, makanya dah penuh reservationnya. Tak dapat la kitaorang nak cuba makan kat sini.  Berdasarkan menu yang diletak di luar pintu masuk restoran, harga makanannya agak meletops versi hipster la kalau takde promosi. Kalau ada promosi in sya Allah macam mampu milik lagi.
Kalau nak buat event kat sini pun ada pakejnya kalau tak silap. Masa kitaorang naik ke Sky Deck pada 27 Oktober tuh, depa ada sambutan Hallowen pada malamnya.

Sila singgah ke kedai cenderahati Chinook Corner yang terletak bersebelahan dengan kaunter tiket sebab ada souvenirs yang mampu milik. Den beli 3 fridge magnet dengan harga RM 10. Okay la kan?
Fridge magnet 3 ketul RM10. Jadi la buat kenangan.
Untuk den, harga tiket RM15/orang untuk tengok pemandangan dan mengambil gambar di highest point di Melaka nih macam tak berbaloi la plak ye. Kalau macam kitaorang 4 beranak dah RM 60. Better la top up untuk duduk Hatten Place Hotel (kalau hari bekerja boleh dapat bawah RM 100 satu malam) atau Double Tree Hilton dan dapat unlimited free access ke sini.

But still kalau sesiapa tetap berhajat nak ke sini, elok la cuba makan sekali di Restoran Gales tuh bila ada promosi sebab tengok kat gambar-gambar makanan depa di Instagram macam kacak je la.

Waktu Operasi : 10 pagi - 10 malam (Isnin - Jumaat)

10 pagi - 12 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)

Harga tiket : RM 15/orang

Facebook : Sky Deck

IG : @skydeckhattencity

0 Comments