Kita Kan 1 Malaysia
Semalam masa tengah dok melepak menunggu
budak-budak ni bergelinjangan melompat sakan di dalam pool sambil multitasking
(a little bit of reading + main Candy Crush + tengok socmed + perati kiddos),
ada seorang Uncle ni tegur sebab katanya dah jarang jumpa orang baca buku
hehhehehehe.
Sembang la sekupang dua
dengan Uncle yang ramah tamah ni. Anaknya 3 orang (2 lelaki dan seorang
perempuan). Anak lelaki kedua bekerja dari hari during weekdays + belajar
during weekend.
Uncle cerita dia dan family
without fail akan ke church setiap Ahad. Church yang dia biasa pergi di
Glenmarie, Shah Alam ada 3 kali ceramah/servis iaitu pada pukul 7 pagi, 10 pagi
dan 12 tengahari.
Ceramah pada pukul 7 dan 10
pagi dalam Bahasa Inggeris. Ceramah pada pukul 12 tengahari dalam Bahasa
Melayu. Kebanyakan mereka yang hadir pada program pukul 12 tengahari adalah
mereka daripada Sabah dan Sarawak dan mereka yang tak beberapa fasih dan faham
Bahasa Inggeris.
Nampak simple kan tapi den
rasa ini salah satu pendekatan mereka untuk menyampaikan amanat secara lebih
menyeluruh dan berkesan kepada semua (dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris)
dan salah satu unique selling point depa.
Setakat yang den tanya
buong, katanya khutbah Jumaat yang dia pernah dengar di beberapa masjid yang
dia pernah pergi, semuanya di dalam Bahasa Melayu. Mungkin ada je kot khutbah
dalam Bahasa Inggeris kat Malaysia nih kan, cuma kitaorang tak tau.
Tapi ada ke khutbah Jumaat
dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris? Nih pun den tak tau.
Uncle cerita ada sebuah
kedai vegetarian di Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam yang akan memberikan
makanan percuma kepada orang ramai pada masa-masa tertentu. Kalau tiada makanan
percuma pun, lauk 3 jenis sayur + 1 jenis kuah adalah RM2.50 je. Murah sangat
kan?
Walaupun den duduk Shah
Alam dah lebih 15 tahun, den baru tau pasal kedai vegetarian tuh.
Seronok sembang dengan
orang lama ni. Banyak nasihat yang diberikan. Orang lama nih dia punya English
sangat meletops ye. Awak la yang tergagap-gagap dok memerah otak nak menyusun
ayat padahal ayat biasa je pun, bukan ayat KBAT huhuhuhuhu.
Menyembang dengan uncle nih
adalah salah satu rezeki den pada hari ini sebab dalam ramai-ramai orang yang
dok melepak di tepi pool ni, Allah gerakkan hati beliau untuk menegur den yang
muka berminyak-minyak ni.
0 Comments