Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald Movie Review
Camne nak review movie yang baru ditayangkan
di pawagam tanpa terbagi spoilers kepada orang yang baca review versi den ni
especially all the Potterhead? Serius den tak reti.
So kalau ada spoilers di
mana-mana di dalam review daripada kaca mata den nih harap dimaafkan kekhilafan
den ye.
Sekiranya korang tak suka
tengok mana-mana Harry Potter movies, movies Fantastic Beasts mungkin bukan
korang punya cup of tea.
Harry Potter movies lebih
light dan fun sedangkan Fantastic Beasts series adalah lebih darker dan serius.
Siapa yang nak tengok movie
nih wajib tengok movie yang pertama iaitu Fantastic Beasts and Where To Find
Them (FBAWTFT) k sebab movie Fantastic Beasts : The Crimes of Grindelwald (FBTCOG) ni merupakan sequelnya. Kalau tak mungkin
terblur terutamanya tentang Credence tuh ha.
Sekiranya korang tak suka
movie FBAWTFT, rasanya korang tak akan suka FBTCOG sebab storyline nya lebih
suram (darker) dan heavy, kurang penglibatan haiwan magic, banyak dialog dan
agak kurang aksi.
Kalau korang mengharapkan
nak tengok the legendary duel di antara Albus Dumbledore dan Gellert
Grindelwald, memang nan hado ye. Itu mungkin dalam third installment of this
franchises. The Elder Wand pun takde diperkatakan dalam movie ni.
In fact, magical creature
from China iaitu ZouWu mempunyai screen time yang lebih banyak daripada Albus
Dumbledore (lakonan Jude Law) huhuhuhuhu.
Disebabkan den hanya baca
buku Harry Potter dan tak pernah baca buku yang bersangkut paut dengannya macam
FBAWTFT, The Tales of Beedle The Bard, etc den tak tau pun rupanya Nagini (ular
Lord Voldermort yang merupakan salah satu Horcrux) adalah asalnya seorang gadis
yang sangat cantik. Oppss hehhehehehehe.
Boleh tak dalam tengok
movie ni den boleh teringat dekat Tun Dr Mahathir hehehehehe. Masa Nicholas
Flamel memberi arahan kepada semua wizards untuk membedung api daripada Gellert
Grindelwald, den terus teringat kat Tun Dr Mahathir sebab Nicholas Flamel tuh
dah berumur 200 tahun lebih tapi still kena menjebakkan diri gittew. Otai masih
berbisa camtuh la ye.
Cinta tak semestinya
bersatu. Ada a few scenes yang melibatkan soalnya hati and even wizards did the
unthinkable when it comes to the heart matter.
Den ternampak sekilas
pandang The Sorcerer' Stone.
Terperasan juga asal usul Lestrange
yang jahat dan kejam.
Tiba-tiba plak wujud
perkataan Aurelius Dumbledore di akhir movie ni. Opppssss.
Siapa plak dah dia ni sebab
dalam buku Harry Potter cuma ada Aberforth Dumbledore dan Ariana Dumbledore.
Kena tunggu next sequel la baru tau kisahnya ye tak? Haish.
So best ke idok movie ni?
Kalau korang adalah
Potterhead, movie nih memang korang punya forte la.
Nasib baik den tengok movie
ni sorang-sorang sebab walaupun buong minat semua movie Harry Potter, dia sakit
kepala tengok FBAWTFT. Anak-anak den lagi la tak sesuai bawa tengok movie ni
sebab tak banyak aksi dan binatang. Mampuih depa akan bising dalam panggung
atau end up tetido pengsan kalau den bawa diaorang tengok movie ni.
Untuk
den movie ni memang best je la coz den ada sekelumit kecil genetik Potterhead
gittew.
2 Comments
I hari tu cuti tu, utk tengok cerita ni. First wayang I tengok dalam tahun ni. Hehe.. I memang Potterhead la. X sabar nk tunggu sambungan dia.
ReplyDeleteNext installment will be in 2020. Pitam nak menunggu lagi 2 tahun baru dapat tengok sambungannya huhuhuhuhu
Delete