Faithview Hotel and Suites, Melaka
Ianya merupakan apartment
di kawasan yang baru dibangunkan di Kota Laksamana sebab banyak lot kedai di
sini yang masih belum beroperasi.
Disebabkan ianya apartment,
makanya kitaorang dapat apartment yang 2 bilik tetapi hanya satu bilik je yang
ada katil dan bantal.
Dah namanya apartment,
memang luas la kan. Ada 2 bilik tidur, ruang tamu lengkap dengan sofa dan
televisyen, ruang makan dengan meja makan, dapur yang ada kitchen cabinet tapi
tiada dapur. Ada small fridge juga.
Second bedroom |
Bilik air sangat sempoi
tetapi cuma divider kaca antara shower dan toilet tuh macam bahaya sikit kalau
kita terlicin ke ape lagi-lagi kalau ada kiddos yang bergelinjangan macam
anak-anak den tuh ha.
Bilik lengkap dengan
aircond serta iron, iron board, hair dryer serta meja make up.
Sibuk guna hair dryer walaupun rambut nipis |
Ada ruang balkoni tetapi
kecil bebenor tapi boleh la kalau nak menjenguk untuk tengok pemandangan.
So kalau datang
segerombolan atau rombongan Cik Kiah, boleh je la pilih menetap di sini sebab
boleh sumbat seberapa ramai orang pun asalkan muat dan selesa tetapi free
breakfast adalah untuk 2 orang aje k.
Ruang lobi serta ruang
makan adalah sangat besar. Buffet spread agak banyak dan menarik. Kalau makan
sakan memang akan sengkak perut la.
Yang paling special den
rasa adalah swimming pool dia sebab terdapat 2 pools yang besar dan panjang
untuk orang dewasa serta satu small pool untuk kiddos. Memang puas hati sungguh
mandi pool kat sini. Satu pool dewasa tuh merupakan infinity pool.
Sunbathing kata depa |
Budak-budak nih sakan mandi
lepas kitaorang check in sampai kecut-kecut badan, siap bersunbathing bagai
membawa ke Maghrib. Esoknya lepas breakfast diaorang sambung mandi sampai
kitaorang check out.
Dekat tingkat yang sama
dengan pool nih ada small playground berbentuk kapal. Budak-budak sure suka je
la main kat sini.
Ada sebuah indoor gym
(sebelah playground) serta simple outdoor gym (bersebelahan dengan surau).
Toilets of course ada berdekatan dengan pool.
Hotel yang menarik dengan
pelbagai kemudahan dengan harga yang mampu milik.
Alamat :
Jalan Kota Laksamana, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Telefon :
06-2860888
Facebook : faithviewhotelmelaka
Instagram :
@faithviewhotelandsuites
0 Comments