Wahhhh… dah kenapa sangat tajuk tiba-tiba macam bukan tajuk yang biasa den coretkan kat blog nih kan?

Sempena hari Jumaat hari barakah nih, den saja coretkan sekupang dua tentang rasa hati sejak akhir-akhir ni dan peringatan untuk diri den sendiri.

Sejak semakin tua ni, semakin teringat pula tentang kematian. Benar den suka je berjimbaan macam dah umur 40 tahun baru terkinja-kinja nak tengok konsert bagai tapi hati tak pernah lupa tentang kematian.

Takut nak mati jangan ditanya sebab memang akan sentiasa takut dan tidak bersedia sebab amalan banyak yang lompong-lompong dan terpleot. 

Semalam masa tengah mandi, tiba-tiba terlintas kat fikiran kalau orang yang meninggal dunia lebih dari seorang serentak (macam satu family meninggal dunia dalam kemalangan) dan dikuburkan di dalam satu liang lahad, adakah bilangan batu nisan mewakili bilangan jenazah yang dikebumikan atau hanya satu batu nisan tetapi ada senarai nama orang yang meninggal tuh.

Semakin masa berlalu, semakin panjang senarai nama keluarga, kawan dan kenalan yang berada di dalam iringan doa selepas solat atau selepas bacaan Quran (yang sekali sekala dibuat tuh). Kadang-kadang dok terkenang-kenang mereka yang telah meninggal dunia, rindu pun ada.

Solat sunat waktu malam pun dah lama tak terbuat. Haish.

Kadang-kadang dok mencongak bila kali terakhir den khatam Al-Quran kan? Macam dah lama sangat. Kadang-kadang bila terinsaf baru la nak baca semula Quran camtuh perangainya.

Ada beberapa surah yang berangan nak hafal tak terhafal sampai sudah. Dapat la sikit-sikit tapi selalu keterlupaan camtuh la.

Mujur masih ingat Bacaaan 10 Asas Pertama semasa ada rezeki belajar masa zaman UKM dulu. Ada 2,3 doa yang den berhasrat sangat nak hafal tapi tidak terlaksana lagi.

Puasa ganti in sya Allah sedang diusahakan semampu mungkin. Dah tua-tua nih rajin plak migraine menyerang. Kalau tak bangun sahur memang toksah berangan nak ganti puasa sebab biasanya memang akan migraine sudahnya. In sya Allah ada lagi 11 hari puasa nak kena ganti ni. Dapat ganti 5 hari dalam bulan November dan Disember nih pun dah besar rahmat rasanya.

Kadang-kadang bila nak tidur malam dok terdetik kat hati ‘esok aku nih bangun ke tidak ni ke pergi tak kembali’.

Macam-macam lagi rasa la kalau nak cerita.

Ada pelbagai amalan lagi selain yang disebutkan di atas yang sebenarnya den perlu perbaiki dan tambahbaik macam aurat, sedekah, majlis ilmu, etc sementara masih dapat diberi ruang untuk masih singgah di dunia ini. 

Di dalam al-Qur’an diceritakan bahawa dunia adalah tempat persinggahan bagi manusia dan ia merupakan tempat untuk mengumpulkan amalan-amalan untuk dibawa ke akhirat iaitu tempat yang kekal. Berdasarkan firman Allah SWT:

مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak”. [al-Syura:20]

Semoga kita sama-sama dapat memperbaiki dan menambahbaik serta mengumpul amalan kita agar kita termasuk di dalam golongan hamba Allah yang dikurniakan keampunan serta diberikan kebahagian di dunia dan di akhirat, in sya Allah.

4 Comments

  1. Asalam singgah sini..dan follow ya

    ReplyDelete
  2. abe kie pun dah slow2 nak berubah ke arah kebaikan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama kita berusaha ye Abam Kie. Semoga setiap hari kita menjadi lebih baik dari semalam

      Delete