Deepavali Well Spent
Cuti Deepavali semalam memang kitaorang
sekeluarga tak ke mana-mana sebab nanti dah nak ke Melaka sebab den kena
menghadiri Seminar Sungai Melaka esok di Holiday Inn Melaka.
So cuti Deepavali dihabiskan dengan sesi
melepak sampai lebam je la kat rumah.
Den masak simple breakfast tetapi penuh
dengan kolesterol huhuhuhuhu.
Kemudiannya sempat buat 2 posts untuk blog
nih bagi 2 buah buku yang den dah lama baca tapi tak review-review iaitu The
Nanny Diaries and Nanny Returs sambil melayan kiddos main. Hebat tak den
multitasking hehehehhheehe.
Kemudiannya masa kitaorang lepak tengok movie
Tamil tak ingat nama apa, den layan F main order-order makanan yang mana semua
menunya adalah bertemakan dinosaurs heheheheehehe. Siap keluarkan duit tabung
untuk sesi bayar makanan tuh k.
Close up menu |
Hidangannya |
Lepas tuh den masak lunch dengan jayanya.
Penuh berkolesterol juga. Haish.
Sambal biasa |
Petang sikit kitaorang minum petang keledek
rebus.
Lepas Maghrib, sesi packing beg dengan
jayanya bagi program ke Melaka tuh.
Malamnya sambil melipat baju 2 bakul den
sambung F sambung main order makanan tapi kali nih siap lengkap dengan menu
sotong dan udang serta adegan den kena angkat tangan panggil dia untuk order
sebab dia busy mengelap meja gittew hehehehehehehe.
Sebelum tidur melayan movie tamil Theri lakonan
pelakon terkenal iaitu Vijay yang semakin fit badannya dan semakin putih
kulitnya. Tak pasti la dia pakai produk DHerbs ke macam mana.
Habis
je movie Tamil tuh dalam pukul 12 tengah malam, den sambung tengok sosial media
plak sebelum tidur pengsan.
0 Comments