Den sedar banget yang cerita tentang Perth baru nak mula dah tak berupdate ye dah nak cerita pasal sesi berjimbaan sebentar cuma di Bandar Hilir, Melaka plak hehehehehehehe.
In sya Allah den masih mencari masa nak mengenang kembali memori Perth dan mengarang ayat sekupang dua tentang sesi berjimbaan ke Perth tuh. Nampak gayanya bulan November nanti la baru mula cerita pasal Perth balik gamaknya huhuhuhuhu.
Sabtu lepas hingga tadi, kitaorang sekeluarga ke Bandar Hilir, Melaka. Takde agenda apa pun. Saja je nak tidur hotel best sedikit (yang ada swimming pool), makan asam pedas di Osamin Asam Pedas serta berjalan di dua buah muzium bertemakan kapal atau vessel iaitu Muzium Samudera dan Muzium Kapal Selam. Itu je pun aktivitinya.
Yang terpaling gembira sebab ponteng sekolah satu hari
Hari Sabtu tuh kitaorang bergerak dari Shah Alam pun dah dalam 1130 pagi. Rancangannya nak gerak dalam pukul 930 pagi tapi sejak dah tua-tua ni tergedik-gedik nak bersiap. Pagi sabtu tuh la baru terhegeh-hegeh nak packing, basuh baju 2 round, lipat 3 bakul baju, etc.
Kitaorang terus je lunch dulu di Osamin Asam Pedas sebelum check in di Hatten Place Hotel. Lepas check in terus tak keluar-keluar dari hotel. Memang melepak sampai lebam dekat infinity pool yang ada small jakuzi. Malamnya berjalan kaki mencari dinner. Tuh je la aktiviti pada hari Sabtu tuh.
Asam pedas telur ikan parang dan telur ikan tenggiri di Osamin Asam Pedas
Lobi Hatten Place Hotel
Ahadnya lepas check out dari hotel, terus je bergerak ke Muzium Samudera yang terletak tak sampai 8 km dari hotel. Lepas selesai membaca info sekupang dua serta ambil gambar sekeping dua sebab panas berdenting-denting (dah pergi situ pukul 1230 tengahari, memang la panas lit-lit kan), kitaorang terus lunch berdekatan dengan hotel Faith View Hotel & Suites.
Muzium Samudera
Lepas mandi swimming pool sampai lebam, terpaksa juga naik kereta keluar cari dinner dalam 10 minit dari hotel sebab kedai-kedai yang berdekatan dengan hotel tak banyak yang beroperasi sebab hotel terletak di kawasan baru.
Our second hotel, Faithview Hotel & Suites
Tadi selepas check out dari hotel, kitaorang singgah ke Muzium Kapal Laut yang terletak dalam 8 km dari hotel. Disebabkan panas lit-lit, sekejapan je la kitaorang masuk dalam Muzium Kapal Selam tuh. Lagipun sempit gila kapal selam tuh sampai nak terlemas rasanya. Sesiapa yang claustrophobia memang agak ngeri la kot masuk sini.
Muzium Kapal Selam
Disebabkan Muzium Kapal Selam nih terletak sepelaung je dari Original Klebang Coconut Shake iaitu tak sampai 4 km pun, makanya kitaorang singgah la ke sini untuk merasai kesedapan coconut shake yang digembar gemburkan itu.
Sedap oiiii minum coconut shake di kala panas lit-lit
Lepas kenyang lunch, terus je la kitaorang singgah ke Bandar Hilir untuk beli dodol, telinga keeling dan cakar ayam sebelum meneruskan perjalanan ke Osamin Asam Pedas sebab den nak beli kuih kapal terbang dia yang sedap untuk tekak den (nipis, rangup dan tidak terlalu manis).
Serious sedap untuk tekak den
Kitaorang sampai ke Shah Alam dalam pukul 5.30 petang.
Begitu la cerita sesi berjimbaan ke Melaka selama 3 hari 2 malam versi kitaorang.

0 Comments