Sempena pelancaran kerusi urut uLove2, OSIM Malaysia telah menjemput rakan-rakan media dan orang ramai untuk merasai sendiri pengalaman penerbangan kelas pertama di acara OSIM First Class yang berlangsung di Tingkat LG, Oval, Pusat Beli-Belah One Utama. 
Den berpeluang hadir untuk merasai pengalaman kelas pertama serta diurut oleh kerusi urut uLove2 ini. Memang best la kan dapat rasa diurut oleh kerusi berharga RM20,888 ni. Lagi best dapat rasa pengalaman layanan di kelas pertama gittew. Dapat pula free personalized passport holder. Yeay.

So kepada sesiapa yang berkelapangan, jangan lupa untuk hadir untuk ke detinasi misteri di bandar dan alami pengalaman penerbangan kelas pertama korang bermula 3 hingga 14 Oktober 2018 di Tingkat LG Oval, Pusat Beli-Belah One Utama.

Untuk joint pengalaman penerbangan kelas pertama ni tempat duduk adalah terhad. Untuk merasai pengalaman penerbangan kelas pertama serta mendapat personalized passport holder, korang kena mendaftar di http://bit.ly/2xqoWs4 ye. 

Memang best tau.

Ada boarding pass, ada pramugari, etc. Betul-betul macam kat flight gittew.
Nih la pengalaman penerbangan kelas pertama den hehehhehe
Lepas kita dah pengalaman penerbangan kelas pertama tuh, sementara menunggu personalized passport holder siap untuk diredeem, kita boleh terus diurut oleh kerusi urut uLove2 atau mengurut tangan menggunakan uSqueeze Hand yang terdapat di destinasi misteri.
Sementara tunggu personalized passport holder siap, kita boleh sambung urut di sini ye.
Urut tangan di sini
So jom beramai-ramai ke Tingkat LG Oval, Pusat Beli-Belah One Utama, 3 - 14 Oktober 2018 untuk merasai pengalaman penerbangan kelas pertama serta mendapat personalized passport holder ye. Ingat tau kena daftar dulu di http://bit.ly/2xqoWs4 ye bagi memilih tarikh dan masa yang masih available.
Dapat dengan kotak bereben sekali
Comel tak personalized passport holder den?
Terima kasih OSIM sudi jemput den merasai pengalaman penerbangan kelas pertama ni.

0 Comments