Lepas penat berjimbaan di 99 Selayang Park, kitaorang dinner dulu di Restoran Kari Kepala Ikan di Gombak yang buong kata sedap makanannya berdasarkan sesi makan-makan bersama bos dia pada satu masa dahulu.

Makanya kitaorang pun jenuh la cari kat mana kedai kari kepala ikan tuh sebab buong tak ingat kedai tuh nama apa. Makanya tak dapat la nak waze bagai.

Tapi kalau dah namanya dah memang rezeki, bertemu jua dengan restoran tuh even without the help of encik google.
Restoran Kari Kepala Ikan nih ala-ala versi kombinasi kedai mamak dan kedai lauk pauk gittew.

Restoran dua tingkat yang sangat selesa. Disediakan juga surau di tingkat atas. Disebabkan den malas nak bergerak, makanya den tak pasti la rupa tingkat atas restoran nih macam mana.

#Dah tua-tua nih banyak sangat yang malas dan tak laratnya, adoi la huhuhuhu.

Kitaorang ordered set lamb chop dan nasi putih serta lauk pauk kari telur ikan, sambal petai, udang goreng dan ketam goreng. Tak teringat langsung masa tuh nak cuba rasa kari kepala ikan yang ada kat sini padahal restoran nih terkenal dengan kari kepala ikannya.
Makanannya okay je sedap macam biasa rasa lauk pauk tapi yang paling special adalah kon aiskrim yang ada kat sini.

Kalau kita makan nasi beserta lauk-pauk, kita boleh makan aiskrim free. Aiskrim tuh rasa biasa je macam aiskrim lain yang kita beli kat kedai tapi kon dia memang sangat special.
Subjek yang diperkatakan
Kon aiskrim adalah sangat rangup, nipis dan sedap (setanding dengan kon aiskrim McDonald). Pada den, sepanjang hayat 40 tahun kat dunia nih, kon aiskrim kat sini adalah kon yang paling sedap yang den pernah makan.

Sudahnya kerja kitaorang anak-beranak dok mengulang makan aiskrim je la. Rasanya sorang makan tiga ketul aiskrim. Memang melompat la lelemak kat badan nih ha. 

Den sampai tanya pekerja kat situ depa beli kon aiskrim tuh kat mana sebab sedap kon tuh. Dimaklumkan bahawa kon tuh dibeli daripada pemborong. So tidak la dapat den beli kon tuh sendiri.

Restoran nih ada buka cawangan di Subang Jaya tapi den tak pasti outlet di Subang Jaya tuh ada bagi aiskrim free juga ke tak.

In sya Allah rasanya den nak makan lagi di kedai nih untuk rasa kari kepala ikan dan of course nak makan aiskrim yang kon nya sedap tuh sampai lebam.                                      
                                                                                                 
Kalau nak datang ke sini, alamatnya adalah 10-12, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor. 

Restoran beroperasi dari 10 pagi - 10 malam ye.

2 Comments

  1. kalau jln2 ke Gombak pasti akan cuba makan di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti singgah tau cikgu. Wajib makan aiskrim dia ye.

      Delete