Perth 5 Hari 4 Malam (3 - 7 September 2018)
Dah hampir 2 bulan berlalu sesi
berjimbaan nih, baru la tergedik-gedik nak mencoretkan kenangan di sini. Of
course akan ada banyak info yang tertinggal sebab dah lama berlalu kot episod
indah ni. In sya Allah den cuba cerita sedikit sebanyak apa yang teringat k
supaya bila den tengok balik blog nih, ada la kenangan tentang Perth ni.
Tak sure kenapa rancang nak
pergi Perth last year. Mungkin sebab ada 2 batchs offismate dah pergi ke sana
dan mengkhabarkan betapa indahnya Perth. Seorang makwe dari ofis pergi ke Perth
dengan group backpackersnya. Diaorang drive sendiri siap cover kawasan selatan
Perth. Lagi satu batch adalah 5 orang officemates yang bawa keluarga
masing-masing di dalam trip tersebut (termasuk babies and toddlers).
Another reason kenapa kitaorang
pilih Perth mungkin kerana Perth adalah tempat orang putih yang terdekat dengan
Malaysia lalu perjalanan dan ongkosnya adalah agak kurang mengerikan walaupun
tetap la jua merabakkan poket.
Disebabkan group yang nak pergi
ni malas baloq, kitaorang tak survey pun pasal itinerary + travel agent. Just
ambil travel agent yang ofismate bagi, kitaorang deal terus je dgn travel agen
tuh serta bersetuju sahaja dengan cadangan itinerary yang travel agent bagi.
Sila jangan ikut perangai kitaorang nih ye.
Walaupun ikut tarikh, macam 5
hari 4 malam, sebenarnya lebih kepada 4 hari 4 malam sebab flight balik ke
Malaysia adalah pada pukul 650 am pada 7 Sept tuh.
Kitaorang booking tiket untuk
ke Perth pada November 2017 sempena sale oleh AirAsia. Almost setahun juga la
ye menunggu nak berjimbaan ke Perth tuh. Orang biasa-biasa poketnya tapi
teringin nak berjalan macam ni la. In sya Allah boleh pergi berjalan tapi akan
ambil masa yang lama untnk kumpul duit dan perlu bersungguh-sungguh booking
tiket semasa AirAsia buat sale.
Kitaorang pergi berempat kali
ni. 2 orang mak orang yang tinggalkan suami menjaga anak-anak (termasuk den la
ni) + sorang gadis manis + sorang bachelor (the baby in the group sebab dia
sorang je yang 20an) yang kadang-kadang banyak juga cekadaknya tuh.
Kadar tukaran masa kitaorang
pergi sana adalah dalam RM3 = AUS$1.
First time dalam hidup den
pergi berjimbaan terjebak dengan sesi memasak di homestay (padahal den tolong
potong bawang dan sayur je pun hehhhehehehe).
Cuaca adalah boleh tahan
sejuknya dalam 17C. Untuk orang yang aircond ofis pun tak tahan, cuaca macam
nih memang dah cukup sejuk sangat untuk den.
Perth nih adalah bandar yang
tenang. No wonder la ramai orang termasuklah penduduk Malaysia ramai yang
berusaha nak mendapatkan PR di sini.
Dalam beberapa tempat yang den
ada rezeki untuk berjalan, den tak pernah ada rasa nak bawa kiddos sebab macam
tak beberapa nak sesuai untuk orang yang tak adventure macam den ni tapi bila
jejak je kaki ke Perth nih, terus terdetik kat hati ‘in sya Allah nak kumpul
duit bawa buong dan kiddos kat sini sebab Perth nih macam aman damai’, gittew
la perasaanya.
2 Comments
sgt ramai yg ke Perth thn ni.
ReplyDeletemcm trending plak.
member terdekat aida sgt ramai ke sana.
kebetulan thn ni kan byk drama paparkan keindahan perth :)
aida ada sorang kakak ipar di australia. kebetulan dia baru pindah ke perth.
ntah bila la adik nyer nak ke sana bwk bini ini dan anak2.
Wahhhh....untung la ada kakak ipar kat sana. Ramai juga orang Melayu yang berpindah ke sana. Memang best la gamaknya bermastautin kat sana kan.
Delete