Legend by Jude Deveraux
Buku
pertama yang den berjaya baca masa bercuti pada 26 September - 1 Oktober 2018.
Don't judge a book by it's cover gittew |
Kalau
tengok keadaan buku nih dah boleh agak kot dah berapa lama buku nih ada dalam
koleksi den dan berapa kali dah den baca buku nih sampai lunyai kot kulit depan
buku tuh hehehehehehe.
Sebenarnya
den beli buku nih daripada kedai buku second hand kat Kuala Lumpur (kalau tak
silap). Masa beli pun dah memang terpleot di sana sini. So bila sampai je kat
den yang memang tak beberapa cermat ni, lagi la kondisi buku makin terpleot
heheheheheehe.
Siapa
biasa baca novel oleh Jude Deveraux nih dah tau yang genre dia adalah romance
tapi bukan romance yang cover novelnya harus jejaka sado tapi pakai baju yang
terbuka butangnya tuh (tak tau kenapa most of romance novels dulu-dulu cliché
camni cover nya).
Den
memang bukan peminat movie dan buku yang bercirikan romance all out, memang
bukan taste den.
Dalam
banyak-banyak novel oleh Jude Deveraux nih hanya 4 buah novel yang den berkenan
dooh dari umur den 20an sampai la sekarang iaitu Legend, The Summerhouse,
Knight In Shining Armour dan An Angel for Emily. Setiap sebuah buku nih memang
ada romance dan agak cliché (hero handsome dan kaya nak mampuih dan heroine
jelita tahap bidadari, etc) tetapi setiap buku ada plot cerita yang berbeza
dari romance biasa (ada time travel, misteri, etc).
Untuk
novel Legend ni, ianya mengisahkan tentang seorang chef yang terror nak mampuih
iaitu Miss Kady Long yang boleh masak apa je yang secara tak sengaja termasuk
ke zaman silam (1800an) dan beramah tamah dengan penduduk di Legend,Colorado
termasuklah Cole Jordan (yang of course sangat handsome sampai sakit mata yang merupakan
pemilik bandar Legend tuh).
Letak
romance kat tepi, buku nih menceritakan tentang skill memasak Kady yang sangat
mantops terutamanya bila dia masak untuk jamuan 3 hari 3 malam untuk penduduk
Legend.
Cerita
tentang masakan Kady baik semasa reality iaitu di Onion Steakhouse Restaurant
di Virginia atau sebarang cerita masakan semasa beliau time travel ke Legend
adalah memang sangat best yang menyebabkan kita macam boleh ternampak-nampak
rupa dan terasa-rasa kesedapan masakan tuh.
Serious
sangat mengujakan k.
Buku
romance setakat yang den pernah baca, memang akan happy ending sokmo walaupun
pelbagai rintangan dan dugaan dilalui.
Sama
la macam novel Legend nih.
Akhirnya
selepas Kady time travel dan berjaya mengubah sejarah bandar Legend daripada
tragedy berdarah yang berlarutan kepada beberapa abad kepada kegemilangan yang
menakjubkan, Kady akhirnya berkahwin dengan waris Cole Jordan iaitu Cole Tarik
Jordan yang ditemui di dunia nyata (poyo sangat nih tapi okay je la kan).
Legend
adalah salah sebuah feel good book untuk den sebab dia adalah santai dan ending
nya best heheheehehehe.
Yuppp
I am sucker for a happy ending. Masih sakit hati dengan ending buku Rage of
Angel by Sidney Sheldon and a few lagi yang den dah terlupa tajuknya.
Novel
Legend nih memang legend sebab ianya tetapi menggamit kalbu tak kira berapa
kali kita ulang baca pun.
#Tip den untuk pastikan
dapat habiskan buku yang dibaca masa bercuti semasa kalut dengan budak-budak +
sakan menengok GPS nak cari jalan + bersembang dengan your other half, etc
adalah pilih buku yang tidak terlalu heavy temanya dan tidak terlalu tebal
hehehhehehe sebab biasanya masa untuk membaca adalah hanya masa temankan
diaorang bergelinjangan kat pool (tuh pun kalau kita tak terjebak mandi dengan
depa la) dan masa sebelum tidur kat bilik hotel (kalau takde movie menarik).
0 Comments