Petang sabtu yang lepas bertempat di Lepaq Place Cafe, Kokedama Kit Malaysia menganjurkan kelas demonstrasi kokedama.
Den merupakan antara peserta yang berkesempatan mendengar kaedah penanaman pokok tanpa pasu atau kokedama (moss ball) daripada Pn Norani yang merupakan pengasas Kokedama Kit Malaysia. 

Den pun first time dengar nama kokedama ni. Seimbas lalu, boleh dapat agak kot perkataan kokedama adalah di dalam bahasa Jepun kan?

Kokedama kalau ditakrifkan secara ringkasnya adalah bola berlumut atau moss ball di mana 'koke' bermaksud lumut dan 'dama' bermaksud bola.

Semua peserta yang membayar RM35 untuk kelas demonstrasi kokedama ini dibekalkan dengan satu kit kokedama. Untung tau sebab kit tuh sendiri dah berharga RM35. Dapat ilmu first hand daripada pengasas Kokedama Kit Malaysia tuh adalah priceless.
Pn Norani, founder Kokedama Kit Malaysia sedang memberi penerangan
Di dalam kelas demonstrasi kokedama, Pn Norani menerangkan secara terperinci tentang:

1. bahan untuk buat medium kokedama;

2. jenis pokok yang sesuai untuk ditanam dengan kaedah kokedama. Kebanyakannya adalah house plant;

3. cara-cara membuat kokedama daripada A to Z; dan

4. kaedah penjagaan kokedama.

Santai je kelas demonstrasi kokedama ni tapi penuh ilmu. 
Menguli medium kokedama
Memasukkan pokok ke dalam medium kokedama
Lepas Pn Norani tunjukkan macam mana nak buat kokedama tuh, setiap peserta yang telah dibekalkan dengan kit kokedama masing-masing membuat kokedama dengan pilihan house plant masing-masing sambil dipantau dan diberi tunjuk ajar oleh Pn Norani. Excited sungguh semua orang membuat kokedama.
Semua peserta kusyuk berusaha membuat kokedama masing-masing
Banyak maklumat dan pelbagai tips yang Pn Norani kongsi dengan kitaorang. Antaranya adalah:

1. lumut yang terbaik untuk kokedama adalah lumut hidup tapi kalau takde, boleh guna lumut kering sphagnum;

2. lumut hidup yang paling kuat yang sesuai untuk kokedama adalah lumut yang tumbuh pada pangkal pokok kelapa;

3. ada sesetengah kes yang mana dari lumut kering yang diletakkan pada kokedama, lumut hidup akan tumbuh kemudiannya walaupun mengambil masa yang lama;

4. tanah yang terbaik adalah top soil;

5. tanah atau kompos, top soil dan baja paling penting untuk penanaman dengan nisbah 3 : 1 : 1 bagi medium kokedama. Kalau tanam dalam pasu, nisbahnya adalah 7 : 3 : 1; dan

banyak lagi info sebenarnya yang Pn Norani kongsikan cuma den tak tertangkap sebab excited nak buat kokedama tuh hehehehehehee.
Kokedama brazilian spinach yang diletakkan dalam pot dan digantung. Pokok ini berusia lebih setahun.
Kokedama brazilian spinach dalam pasu kaca
Biasanya pokok yang ditanam dengan kaedah kokedama ni pertumbuhannya macam ala-ala bonsai tetapi ada juga pokok yang membesar juga walaupun sedikit.
Semua kokedama yang disiapkan pada kelas tersebut
Kokedama sangat sesuai untuk orang yang suka menanam tetapi tak mempunyai kawasan yang lapang. Untuk penghuni apartment macam den ni yang tetap berangan nak membela pokok di balkoni apartment yang sekangkang kera ni, membela pokok dengan kaedah kokedama nih sangat sesuai sebab ianya memerlukan kawasan yang kecil.

Pn Norani juga mengabadikan tentang kokedama di dalam buku Life of I. Kalau nak beli buku nih boleh tanya kokedamakitmalaysia ye.

Terima kasih kepada Kokedama Kit Malaysia sebab sudi mengajak den joint demonstrasi ni. Serious menarik dan mengujakan.
Boss Kokedama Kit Malaysia dan boss Lepaq Place Cafe
Semua peserta kelas demonstrasi kokedama
So kepada sesiapa yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut tentang kokedama atau berhasrat nak minta team kokedama buat kelas demonstrasi kokedama, boleh dapatkan maklumat melalui:

Whatsapp : +60173199179

Instagram : @kokedamakitmalaysia


#In sya Allah next post den akan tunjukkan cara kitaorang buat kokedama pada kelas tersebut ye.

2 Comments

  1. menarik. aida da klik fb link nyer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha menarik kan. Harga pun tak mahal sangat. Comel pun comel.

      Delete