Pagi tadi tiba-tiba je terima message di FB messenger daripada seorang kawan lama yang tak pernah dilupakan tapi tak pernah dicuba cari sebab tak tau nak cari kat mana pun. Kadang-kadang di FB orang tak guna nama penuh atau ada guna nama penuh tapi den dah tak ingat nama ayahnya siapa atau ada beberapa orang dengan nama yang sama.

Bila dah confirm itu adalah kawan sekelas masa darjah 4 Hijau (eh 4 Hijau ke ape ye) di Sekolah Kebangsaan Bagan Tuan Kecil pada tahun 1988, secara automatic atau tindakan refleksi luar kawal menyebabkan den terus tersenyum.

Oh my……30 tahun terpisah kot. Never thought would hear from my friend tapi dengan rezeki Allah jua, kitaorang dapat berhubung kembali melalui alam maya.

30 tahun lepas orangnya chubby. Hari ini dah kurus dan comel dah. Yang tetap kekal dari dulu sehingga kini adalah matanya yang sepet itu hehehehheehe.

Message daripada beliau membuatkan den tersenyum dan tergelak mengenangkan kisah kitaorang masa zaman kanak-kanak dulu, zaman kegemilangan sebab hanya perlu pergi sekolah dan main je sampai lebam.

Beliau cakap masih teringat arwah ibu den selalu hantarkan bekal kepada den pada waktu rehat. Make me missed her the most today. Tak sangka my friend remember this.

Kitaorang saling bertanya khabar dan bertukar cerita.

Mengenang kawan yang telah pergi tidak kembali. Al Fatihah untuk arwah Noor Azman. Walaupun kitaorang tau dia sakit leukemia pada masa tuh, tapi setakat mana benar la kitaorang yang berumur 10 tahun faham sakit dia. Yang kitaorang tau setiap bulan mesti ada hari yang arwah akan ponteng sebab kena pergi masukkan darah merah di Hospital Besar Pulau Pinang kerana darah putihnya banyak. Halus je arwah nih. Walaupun beliau sakit, kitaorang macam terlupa dia sakit sebab dia selalu sangat kacau orang, nakal sungguh. Selalu je bertekak-tekak dengan dia. Those days hmmmmmm.

Merisik khabar kawan-kawan yang sama-sama main lompat getah, sep tiang, batu seremban, makan di kantin, beli kerepek ubi pedas paling sedap di dunia dengan harga 20 sen (atau 2 kupang) sepeket dekat makcik sebelah sekolah (sampai sekarang tak jumpa kerepek sesedap ini), etc.

Seorang telah jadi tauke hotel berjaya di Pulau Pinang.

Sorang lagi bekerja di jabatan kerajaan di Putrajaya.

Seorang sahabat yang diharapkan satu masa nanti dapat menjumpai bahagia yang dicari.

Others are here and there tak dapat dikenalpasti di mana.

Sempat juga bertanyakan khabar my crush hahahahhahaha. Dikhabarkan berada di Parit Buntar.

Sudah pasti semuanya telah membawa haluan masing-masing. Semoga bahagia dengan hidup masing-masing doanya.

Semoga ada rezeki pada satu hari nanti untuk bersua kembali.

So many thing to say but so little time.

Kepada kawan den yang tiba-tiba contact den pagi tadi selepas 30 tahun lost contact, terima kasih banyak-banyak sebab sudi contact den.

Bila diingat-ingat semula, I never got the chance to say goodbye to my friends sebelum den berpindah ke Port Dickson selepas arwah mak meninggal dunia. 

It really makes my day.

Thank you Allah for this kind of rezeki.

2 Comments

  1. baca tajuk entri, aida ingat, ada spesis dinasour dijumpai :) hi hi hi...

    yes. amazing kalau dpt jumpa kawan lama.
    spt aida, ada sorang member Uni (grad 2002) komen di blog.
    dari nama pena blogger, tak kenal langsung. muka pun tak familiar :) ha ha haha...
    rupa nyer sahabat lama. subhanallah :)
    apatah lagi member skola rendah kan. bab borak pasal citer lama tu yg ohsem.

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheheehhe kalau spesis baru dinosaur haruslah gegak gempita dunia paleonthologist.

      happy sangat sebab tak sangka terjumpa semula selepas 30 tahun.

      sembang pula pasal zaman dok nakal, memang dok gelak sakan je la hehehhehehe

      Delete