De' Ideal Hotel, Kepong
Lepas
kenyang bagai nak pengsan makan di Restoran
Kari Kepala Ikan di Gombak tuh, kitaorang terus je ke D Ideal Hotel di Kepong
untuk bermalam sebelum meneruskan agenda mandi sungai di FRIM Kepong keesokan
harinya.
Bagi
den hotel nih adalah the hidden gem in Kepong sebab ia merupakan hotel baru
(baru setahun beroperasi), bersih, kemas, ringkas dan selesa dengan harga yang
amat berbaloi.
Den
bayar RM 63 through agoda untuk bilik superior dengan dua katil single.
Disebabkan
kawasan rumah kedai nih masih baru dan masih banyak kedai yang kosong, tempat
letak kereta in sya Allah tak jadi masalah. Kitaorang dapat letak kereta
betul-betul depan hotel.
Hotel
nih memang sangat simple dari lobi sampai la ke bilik hotel.
Ruang
lobi hotel yang sangat luas menempatkan kaunter pendaftaran dan sofa di ruang
menunggu.
Hotel
ini ada menyediakan perkhidmatan lif tetapi nak menyampaikan ke lif kena panjat
4 anak tangga. So untuk mereka yang berkerusi roda, ini merupakan cabaran untuk
sampai ke lif tuh.
Bilik
adalah sangat okay untuk den dan buong. Walaupun bilik dia dan cadar serta
sarung bantal, etc warna putih sahaja macam kat asrama, tiada hiasan apa-apa,
etc, that were okay with us sebab yang penting bilik selesa, kemas dan bersih.
Bilik
adalah sederhana besar dengan kemudahan aircond dan televisyen yang berfungsi.
Toilet
pun sederhana besar. Selesa kita nak mandi.
WiFi
percuma adalah super laju di hotel ni.
Sepelaung
dari hotel ini iaitu lebih kurang 2 minit menapak merupakan kedai mamak. So no
problem kalau nak dinner, supper atau breakfast kalau menginap di hotel ini.
0 Comments