Sentosa Regency Hotel, Alor Setar, Kedah
Disebabkan masa di RR
Gurun, buong dah tak larat, masa mata rabak sambil minum kopi o tuh la den
tergedik-gedik cari hotel through agoda.
Nampak review macam
memberangsangkan dan harga adalah mampu milik.
Yupp memang hotel lama dan
perabot semua all school tetapi hotel adalah sangat lengkap serba serbi, besar,
bersih, kemas, tidak spooky, tiada bau masam dan kusam hotel lama, etc atau
dengan kata lain, hotel lama tapi dengan aura hotel baru gittew.
Siap ada bilik yang sangat
luas, bath tub dan breakfast.
Pagi-pagi ada surat khabar
diselitkan di bawah pintu. Dah lama gila kot rasanya tak rasa perkhidmatan yang
macam ni.
Really worth the price.
Truly worth it.
Hotel
yang sesuai untuk semua sebab disediakan perkhidmatan lif. Lif plak cantik
sungguh, macam hotel berbintang-bintang yang den tengok gambarnya di dalam
majalah.
Bilik
hotel adalah paling wow.
Bilik
dengan 2 katil queen dan ruang yang sangat besar yang boleh menempatkan lagi 2
katil queen. Nak skipping ke, tidur terlentang meniarap, etc kat lantai memang
boleh sangat.
Disediakan
mini fridge, cerek, air minuman, almari, meja make up, meja kopi dan kerusi,
etc. Memang lengkap semuanya.
Yang
paling surprise nya adalah bilik air yang mempunyai bath tub. Serious tak
sangka. Memang pattern lama tapi bath tub berfungsi dengan baik.
Budak-budak memang paling
happy sebab dah lama depa tak jumpa bat tub. Sakan depa dok berkubang dalam
tuh. Memang gembira habis diaorang tuh.
Wifi adalah super laju.
Buffet breakfast spread
adalah sederhana tapi dengan harga yang dibayar, den rasa dah lebih dari
berbaloi. Kitaorang bayar RM8 untuk breakfast F sebab free breakfast untuk 2
orang sahaja.
#Kalau nak dapat bayaran
RM8/orang untuk extra breakfast, perlu buat bayaran masa check in ye. Kalau
bayar di pagi masa nak breakfast tuh sorang dikenakan bayaran RM20.
Den bayar hanya RM97 untuk
hotel yang den rasa antara hotel terbaik dalam kesemua hotel yang den pernah
pergi sepanjang hidup den.
Terima kasih kepada mereka
yang memberi ulasan yang tepat tentang hotel ini di dalam review agoda.
A truly worth hotel to
stay.
2 Comments
memang berbaloi dgn byran rm97 tu. kalau pi kedah pasti nak cari hotel ini..
ReplyDeleteHa memang berbaloi sangat-sangat. A gem in Alor Setar gittew.
Delete