Penyanyi dan Lagu Zaman 80 an - 90 an Vs Penyanyi dan Lagu Zaman Millenia
Bagi memastikan buong the
driver tidak terlelap semasa almost 7 hour journey, kitaorang pasang
macam-macam lagu sebagai halwa telinga + kitaorang sembang pelbagai topik
daripada cerita:
1. nak bersara awal tapi
apa kan daya sebab hutang bertingket-tingket (repeated topic since we reached
40);
2. teka kereta jenis atau
spesies apa berdasarkan lampu kereta yang memecut laju bagaikan di litar lumba
di malam pekat (kita akan sentiasa dapat membezakan kereta berjenama luar dan
kereta tempatan even dalam kegelapan malam);
3. kenangan ngeri kitaorang
driving macam orang gila untuk 1 trip ke Cangkat Ibol (nak ziarah arwah Pak Usu
yang sedang tenat pada masa tuh) dan 1 trip ke Terengganu (wakil keluarga
pengantin lelaki) yang mana kedua-dua trips tuh kitaorang bawa mak dan ayah
serta hampir accident;
4. Family drama. Too many
episodes sampai kalah kombinasi sinetron Indon + Filipina hahhahahaha;
5. Our kiddos. The hope,
the dream, the worries, etc yang merupakan perasaan normal bagi mak bapak
through out the centuries; dan
6. Penyanyi dan lagu zaman
80an - 90an vs penyanyi dan lagu zaman millenia.
So kesimpulan kitaorang
(perasaan dan justifikasi kitaorang je la) tentang topik Penyanyi dan lagu
zaman 80an - 90an vs penyanyi dan lagu zaman millenia adalah seperti berikut:
1. Search dan Wings adalah
godfather bagi kumpulan rock yang ada kat Malaysia. Diaorang adalah legend.
Semua kumpulan rock yang lain selepas itu macam Spring, Ekamatra, BPR, Dinamik,
Mega, etc memang meletops juga lagu dan suara mereka tapi still tak dapat
menyamai benchmark oleh Search dan Wings;
2. Rabbabi (atau nama zaman
sebelum glamour adalah Nada Murni) dan Raihan merupakan godfather bagi semua
kumpulan nasyid yang ada di Malaysia. Hijjaz was also okay. Yang lain tuh
kitaorang dah tak beberapa nak ingat siapa. Sampai sekarang lagu daripada
Rabbani dan Raihan den boleh ingat dan sing along;
3. Suara arwah Ustaz Asri
dan Nazri memang one of its kind dan dah tak jumpa suara macam ni;
4. Suara kebanyakan
penyanyi kumpulan rock kapak dulu-dulu memang meletops dan wow. Selamba je
nyanyi note tinggi dan nyaring tetapi tetap lemak merdu. Muka dan video clip
mungkin ke laut tetapi suara mantap habis. Buong rasa kalau ada orang biass
yang boleh tarik masa menyanyi macam these rockers, pada zaman sekarang ni,
depa memang terror la;
5. We are also missing the
power house voices of Ziana Zain, Ramlah Ram, Aisyah, Shima, Ning Baizura, etc
yang memang meletops suara depa;
6. Lirik lagu dulu lebih
puitis, halus bahasanya dan mendalam maksudnya;
7. kenapa MNasir dah tak
compose lagu dan kenapa dah tak dengar cerita tentang ajai;
8. Arwah Sudirman, Ibnor
Riza, Jefrydin, Exist, 4U2C, Feminin, A to Z, etc;
9. Siti Nurhaliza adalah
seperti Mariah Carey. Sangat meletops pada satu zaman tapi lagu yang
kengdian-kengdian ni macam tak menyengat sangat;
macam-macam lagi kitaorang
sembang pasal lagu dan penyanyi nih. Antara yang den paling ingat:
Buong : Penyanyi sekarang
nih macam tak setanding plak ye dengan penyanyi dulu-dulu.
Den : Bukan kat Malaysia je
kot, kat tempat omputih pun sama juga rasanya kalau baca komen-komen netizen.
Buong : Tapi diaorang masih
ada ramai penyanyi berbakat walaupun tak setanding dengan the late Michael
Jackson (favourite singer dia nih).
Kalau den, di samping the
late MJ, I will rope in the late Whitney Houston dan Prince serta Celine Dion.
Den : At least depa ada
Bruno Mars, Adele dan Ed Sheron (just to name a few). So Malaysia nih penyanyi
mana yang best sekarang?
Buong : Aiman Tino?
Den : Ha....krik....krik...
There go my hope k. Kalau
buong cakap Faizal Tahir macam ada la juga harapannya.
Serious lama betul
perjalanan kali ni sampai budak-budak dah tak kuasa nak tanya dah sampai ke
belum heheehehee. Diaorang dah tidur 2 kali pun tak sampai-sampai ke destinasi.
Akhirnya bila sampai RR
Gurun, buong surrender, tak larat dah nak drive katanya.
Makanya berehat la
kita di satu tempat yang bukan destinasi tujuan.
Masa nak tidur tuh,
Buong : Lain kali kalau nak
pergi sini, kita naik flight je la ye.
Den : I told you so
hehehehehe (dalam hati).
2 Comments
Lagu2 thn 70an, 80an n 90an memang legend n malar segar.
ReplyDeleteKan abam kie....kalau pergi karaoke pun lagu-lagu macam nih la pilihan ramai
ReplyDelete