Jalan-Jalan Ipoh - Kepala Batas
Habis
je program Blogger’s Gathering di Blueblue Playland, Gunung Rapat, Ipoh tuh dalam
pukul 4 petang, kitaorang terus je gerak ke Kepala Batas. Ada urusan kat sana
sebenarnya sebab tuh kitaorang tidur semalam kat situ tapi dah takde rezeki,
disebabkan misscomunication tak dapat terlaksana la urusan yang menyebabkan
kitaorang ke Kepala Batas tuh tapi okay je la jauh berjalan luas pemandangan
gittew hehehhehehe.
Tak
sangka Kepala Batas quite happening k. Banyak pembangunan rancak dilaksanakan
(ayat gomen habis ni) tapi dalam keadaan teratur. Bagus betul Rancangan
Tempatan depa nih. Ada satu pembangunan rumah semi-d yang nampak menarik sedang
dibuat tapi tak sempat nak tengok sebab kitaorang sampai sini pun dah malam
tapi memang nampak mengancam dari kejauhan.
Seronok
tengok kawasan membangun tapi terancang. Serious rasa best kat sini. Rasa macam
nak pindah Kepala Batas plak hehehheehhe.
Di
kawasan hotel Jannah yang kitaorang menginap tuh, semua ada. Ada pelbagai kedai
makan, kedai pakaian dan tudung (Fareeda, Ariani semua ada), another hotel
bajet (kalau tak silap nama Hotel Kamelia), etc.
Disebabkan
kitaorang hanya singgah semalam kat Kepala Batas ni, tak sempat nak merayau
mana pun sebab sampai pun dah malam. Kedai makan yang direkomendasikan oleh
ramai orang pun tak tersempat nak terjenggah huhuhuhuhuhu.
In
sya Allah nanti bila ada rezeki lebih dan berkelapangan, kita ronda-ronda
Kepala Batas lagi.
Sempat makan nih kat Ipoh sebelum bergerak ke Kepala Batas lepas tuh musykil kenapa berat asyik naik |
2 Comments
eheheh kita memang sentiasa tertnya kenapa berat kita naik =P
ReplyDeleteHahhahahaha always in denial right?
Delete