Rasanya cerita hantu atau mistik Hindustan yang kali terakhir yang den tengok adalah Raaz (2002) dan Aranmanai (2014). 

Movie Pari nih ditayangkan pada Mac 2018. Baru lagi la movie nih.

Sungguh den tak sangka movie Pari nih best. 
Movie nih secara ringkasnya mencerikan tentang Rukhsana (lakonan mantap Anushka Sharma) yang merupakan anak jin Ifrit yang diharapkan dapat meneruskan keturunan jin Ifrit.

Selepas ayah Arnab (tidak kukenal siapa pelakon ini, Parambrata Chatterjee) secara tidak sengaja melanggar emak Rukhsana, Arnab kesian kat Rukhsana sebab dia sebatang kara dan biarkan Arnab duduk kat rumah dia. Arnab tak bagitau pun parents dia serta calon isteri dia Piyali (seorang nurse) tentang Rukhsana yang tinggal bersama-sama dengan dia.

Dalam masa yang sama Professor Quasim Ali yang merupakan pemburu saki baki keturunan jin Ifrit nih berusaha mencari Rukhsana selepas ada orang di bilik mayat dapat mengenali emak Rukhsana sebagai orang yang pernah mengandung anak jin Ifrit (berdasarkan tanda yang dicacah di tangan) bagitau kat dia.

Nak tau endingnya macam mana kena la tengok movie nih sendiri k.

Masa kat rumah Arnab tuh memang banyak la adegan yang mendebarkan dan boleh buat kita tercopot jantung macam Rukhsana nampak diri dia sendiri yang berdarah-darah tengah potong kuku di atas katil, kepala Rukhsana ditarik masuk ke dalam baldi berisi air oleh tangan hantu, Rukhsana makan darah anjing liar, Rukhsana bunuh pekerja rumah mayat yang pukul Arnab, etc.

Adegan sekumpulan orang di dalam ajaran sesat Auladhchakra memuja jin Ifrit tuh memang boleh membuatkan bulu roma meremang.

Mendebarkan dan menakutkan dan jalan cerita yang tidak cliché. 

Yang paling ketara adalah si Arnab tak bergerak dalam gelap-gelap bila dia dengar bunyi di dalam rumah dia. Dia nyalakan lampu. Kalau movie yang cliché dah bergerak dalam kegelapan dah sambil teraba-raba.

Memang dari mula sampai habis cerita nih mendebarkan.

Dah tua-tua nih hati makin kecut. Lepas tuh tengok pula cerita hantu kan. Lepas tuh takut sendiri hhuhuhuhuhu.

Antara movie hantu yang best bagi den. Sila tengok movie nih k.

2 Comments

  1. uuuish lakonan bukan calang2 keturunan. hehe seram pulak tetiba =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha memang seram juga movie nih. Rasanya antara movie hantu yang berbaloi untuk ditengok

      Delete