Den dah pernah review pasal café hipster yang sangat cozy untuk sesi melepak, buat kerja dan membawang yang terletak di Seksyen 20, Shah Alam di dalam post pada Januari tahun nih.

So nak baca pasal LepaQ Place tuh itself macam mana rupanya, boleh baca post yang lepas di SINI

Rabu minggu lepas, den dengan hati yang sangat gembira menerima jemputan tauke Lepaq Place untuk merasa dua menu baru di antara pelbagai menu baru yang diperkenalkan mulai Ogos 2018 hasil air tangan chef yang pernah bekerja dengan Hotel Royal Chulan. Rezeki jangan ditolak kata orang kan. 

So den cerita sedikit tentang menu utama yang den makan ye.
Nama hidangan adalah ‘dory fish with creamy sauce, steamed vegetables and wedges. The dory fish cooked to perfection. Tak terlalu masak dan tak terkurang masak. Just nice. Creamy sauce tidak terlalu pekat yang boleh memuakkan. So kombinasi ikan dori dan creamy sauce nih memang perfect untuk cair di mulut gittew. Memang sedap untuk tekak den yang biasa makan lauk pauk nasi berlauk nih.

Satu lagi hidangan yang laku keras di LepaQ Place dan merupakan salah satu hidangan Chef’s recommendation adalah sup cendawan dan roti bawang putih (mushroom soup and garlic bread). Kombinasi tiga (3) jenis cendawan yang berbeza memberikan rasa yang super rich pada sup ini tetapi tidak memuakkan. Cicah pula dengan garlic bread yang memang tak kedekut bawang putihnya, memang hmmmmm…a perfect combination of these two. 
Selain menu yang den makan nih, ada pelbagai menu western yang lain macam kat bawah ni:
Siapa yang tak nak makan western food tapi nak makan aneka mee pun jangan risau sebab ada menu wantan mee, mee, bihun, kue teow.
Ada banyak lagi menu lain, den cuma screenshot beberapa menu dengan izin tuan punya cafe.

Makanan goreng-goreng memang all the time ada.

Nasi ayam penyet, nasi keli penyet, nasi keli belado pun sangat sedap. Sambal penyetnya boleh menitiskan air mata sebab power sangat.

Masak lemak cili api di LepaQ Café nih memang thorbaek lagi-lagi dihidangkan bersama ikan masin, ulaman dan sambal belacan.

#Kalau den takde selera, den ambil je set nasi putih + ikan masin + sambal belacan + ulaman. Nih pun dah boleh menyebabkan berat den naik 1 kilogram hehehehehehe.

Minuman yang biasa kita minum kat kedai mamak juga disediakan di sini. 

Kalau nak fefeling macam berada di Elizabethan era, bolehlah mencuba pelbagai spesies yang dikategorikan sebagai Special Tea iaitu peppermint, red berries, green tea, apple cinnamon, English breakfast dan earl grey.

Untuk peminat kopi hipster, anda tidak akan kecewa dengan range of coffee that have being served here. Ada frappe, milkshake, latte, cappuccino, espresso dan macchiato caramel.

Den bukan peminat kopi hipster sebab biasanya den akan migraine bila minum kopi macam nih tapi eh elok pulak kepala den masa den minum latte pada Rabu lepas. Sedap memang sedap. Yang penting tak migraine. 
Tak nak minum kopi hipster tapi still nak hipster jugak? Boleh cuba lima (5) jenis sparkling soda xpress macam strawberry sizzler, gold kiwifruit fizzle, cranberry and lime crush, pink guava ladylike dan mango tango.

Tak kan minum kopi hipster je kan? Haruslah digandingkan bersama dengan desserts supaya sesi lepakking lebih feel. Ada pelbagai jenis kek (bergantung kepada hari dan ketersediaan) seperti cheese cake, chocolate cake, red velvet cake, etc. All the time desserts are muffin, croissant, cinnamon roll, chicken pie, brownies, chicken lasagna dan macaron. 

There goes my diet into the drain.

So di samping pelbagai menu menarik yang ditawarkan di sini, LepaQ Place juga menyediakan party planner bagi memeriahkan sambutan hari jadi, farewell party, anniversary, etc.

Suasana yang sangat nyaman nih juga sesuai untuk private session, small meeting, doa selamat, makan-makan, lepak sambil membawang, etc.

Setakat ini, kapasiti maksima yang boleh muat di sini adalah 50 orang.

Untuk buat demo masakan pun boleh. Den pernah joint Tupperware party kat sini.

So untuk keterangan lanjut atau nak datang makan-makan di sini:

LepaQ Café,
Aras 1,
Apartment Suri Puteri,
Seksyen 20, Shah Alam.

Untuk pertanyaan dan order, boleh Whatsapp : 011-59401330

Waktu operasi : Isnin - Sabtu, 10 pagi - 10 malam.

 
Instagram: @lepaqplace

Boleh dine in, take away dan delivery (bagi kawasan tertentu) semua makanan dan minuman.

Terima kasih Pn Noris kerana sudi mengajak den merasa menu baru di LepaQ Place. Terima kasih daun keladi, kalau sudi ajaklah lagi ye hehehehheehe.

4 Comments

  1. semua nampak ekslusif sangat and saya ingatkan semua tu mahal sangat hehehe. ni kalau dekat lama dah pergi tapi tu lah jauh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha...in sya Allah harga mampu milik. Kalau tersinggah Shah Alam kalau berkesempatan bolehlah melepak di sini.

      Delete
  2. sedap2 nampaknya makanan yang dihidangkan. those yang suka western food kena pergi cubaaa ni =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap tapi jangan kira kalori nanti stress dan ngeri hehehehheheehhe

      Delete