Its Merdeka Month
Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk
bertemu dengan bulan Ogos pada tahun ini. Bulan yang dipenuhi dengan cuti
iaitu:
18 - 25 Ogos : Cuti Sekolah
22 Ogos (Rabu) : Aidiladha
(Hari Raya Qurban)
31 Ogos (Jumaat) : Merdeka
Day
So boleh la mula merancang nak bercuti bersama
anak-anak atau kawan-kawan ye tapi bersedia la dengan keadaan berenyut-renyut
manusia di sana sini.
Setakat hari nih, dah banyak agenda bersusun
untuk bulan Ogos ni:
1. In sya
Allah den dan buong akan melakukan ibadah Qurban through EZQurban.
2. F akan ada taekwando grading event in the
first week of August. Harapnya dia dapat buat sehabis baik. Dia dok mengadu
steps makin banyak dan dia selalu terlupa. Bagi den asalkan dia dah buat yang
terbaik, dah okay la tuh. Kalau tak lepas grading kali nih, kita grading lagi
di masa depan gittew konsepnya. Sekarang nih mama dok layan dia practice.
Sekali dengan mama la kena belajar taekwando la plak.
Taekwando versi A |
3. Kalau
berkesempatan nak cerita tentang 3 perniagaan kawan-kawan. Nih bukan paid
review. Just nak share tentang business kawan-kawan kot ada yang berminat nak
mendapatkan perkhidmatan atau barangan depa nanti.
4. In sya
Allah nak bawa kiddos berjalan sekupang dua sempena cuti sekolah.
5. Ada 2
blogger events yang akan dihadiri kalau tiada aral melintang. Untuk blogger
picisan cam den nih ha, teruja je la kalau dapat jemputan macam nih. Kalau
diupdate dalam blog tuh maknanya berjaya la hadir. Kalau krik krik krik je
maknanya tiada rezeki la tuh.
6. Nak
mulakan semula plan makan secara berhemah sebab berat adalah terpaling maksima
di dalam hidup (no wonder la bila bonceng motor dengan buong pun dah
tergelong-gelong motor tuh, seluar slacks semua dah tak muat, pak mentua pun
tegur kenapa muka nampak macam bulan penuh, F selalu tanya ‘dalam perut mama
ada baby ke’ padahal mengandungi lemak je, etc).
7. Julai
lepas berjaya zumba sekali je sebab asyik pergi site dan balik ofis lambat lalu
tak sempat ke kelas zumba. Baru je berhasrat nak joint kelas zumba di apartment
tuh, dah ZIN nya hospitalized dan perlu berehat selama 2 bulan. Hopefully this
month kekerapan zumba kat kelas biasa tuh dapat dipertingkatkan. Mungkin kena
tambah spesies exercise. Haish…
#Nak eat
healty dan bersenam nih takde kaitan langsung pasal nak kurus sebab nak pakai
kebaya ke apa lebih kepada risau penyakit datang bertandang. Dah la level
kolesterol dok static kan. Jangan la ditambah dengan penyakit lain lagi gittew
konsepnya.
8. Nak mula
baca buku semula. Bulan Julai ada 3,4 buah buku yang den sempat baca suku atau
separuh, tak sempat nak dihabiskan sebab dah tersangkut dengan Cooking Fever
game plak dah. Macam-macam la den nih kan?
9. Nak
settlekan hal berkaitan sesi berjimbaan di awal September nanti. Insurans,
tukar duit, makanan, etc. Eh mana pulak la kan den campak den punya passport.
Lepas balik dari Hanoi April hari tuh, tak ingat dah disimpan di mana. Adoi la.
Bak kata
Andy Dufresne dalam one of the most greatest movie of all time, The Shawshank
Redemption, ‘you either get busy living or get busy dying’. Makanya kita kena treasure
each day yang kita lalui dalam hidup kita
0 Comments