Insurans Perlindungan Hayat Asas Serendah RM6/Bulan atau Perlindungan Tenang (Mampu dan Mudah) oleh Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd (Tokio Marine Life)
Hari ini, RM6 di Malaysia barangkali membolehkan kita mendapat sepinggan
nasi lemak ayam, semangkuk mi sup atau sebungkus nasi ayam di gerai kegemaran masing-masing.
Tetapi RM6 tidak mencukupi untuk beli satu tiket filem, atau burger di restoran
makanan segera.
Namun, untuk harga makanan tempatan, ianya adalah masih berpatutan,
malah dengan jumlah itu, kita juga boleh memastikan bahawa keluarga kita dilindungi
sekiranya terdapat perkara yang tidak diingini berlaku terhadap kita.
Yupp den cerita tentang pelan insurans nyawa serendah RM6 sebulan.
Biaq betoi no? Sungguh….den tak tipu...
Kena baca sampai habis post nih sebab di perenggan terakhir den
kongsikan maklumat berkaitan pelan serendah RM 6 berdasarkan semakan den dengan
customer service syarikat yang menawarkan pelan ini.
Kenapa penting sangat pelan perlindungan
samada takaful atau konvensional nih?
Menurut statistik Bank Negara Malaysia (BNM), 65% atau 7 daripada
setiap 10 rakyat Malaysia TIDAK mempunyai
pelan insurans nyawa takaful atau pelan keluarga takaful. Tidak menghairankan,
rakyat Malaysia telah dianggap sebagai penduduk yang kurang berinsurans
berbanding negara lain.
Dilaporkan untuk mengatasi situasi ini, BNM melalui Perlindungan
Tenang di bawah inisiatif nasional, berusaha menyediakan liputan insurans hayat
mampu milik, mudah akses dan perlindungan insurans nyawa ringkas untuk
melindungi rakyat Malaysia - khususnya golongan yang berpendapatan isi rumah
bawah 40% (B40) yang hanya 4% memiliki insurans.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif oleh BNM, Tokio Marine Life
Insurance Malaysia Bhd (Tokio Marine Life) telah memperkenalkan TokioMarine-StarterPack - pelan perlindungan
dasar yang berpatutan yang menyediakan liputan kematian sehingga RM50,000
pada kadar premium kurang daripada 50 sen sehari untuk membantu mereka yang
paling memerlukannya.
"Matlamat utama kami adalah untuk menjangkau seberapa banyak
yang mungkin memerlukan insurans paling banyak, tetapi berfikir mereka tidak
mampu. Pada dasarnya, Tokio Marine-Starter Pack dicipta untuk memberikan
perlindungan yang paling asas dan penting terhadap risiko utama," kata
Encik Toi See Jong, Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life.
"Kami juga memahami keperluan pembeli insurans untuk pulangan
percuma, supaya kami boleh membuat pelan mudah yang boleh didapati menerusi platform
dalam talian, tanpa memerlukan penaja jaminan perubatan," tambah Encik
Toi.
Pelan Tokio Marine-Starter Pack adalah pelan yang memberi pembayaran
semula manfaat perlindungan kematian secara sekali gus kepada keluarga atau
tanggungan anda jika sesuatu yang tidak diingini menimpa kita. Pelan ini
tersedia untukmereka yang masih muda berumur 18 tahun (pada hari jadi) sehingga
55 tahun. Dan tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.
Kata Encik Toi, pelan ini juga amat relevan kerana Persatuan Insurans
Hayat Malaysia (LIAM) mendapati bahawa keluarga golongan berpendapatan berumur
di antara 26-55 mempunyai jurang perlindungan yang besar, manakala mereka yang
berusia di bawah 25 mempunyai kebarangkalian yang agak tinggi tidak memiliki
insurans.
Jurang perlindungan bermaksud sejauh mana keluarga yang tidak
diinsurans berkenaan berdepan dengan kehilangan pencari nafkah.
Menurut kajian LIAM’s 2012 Underinsurance di Malaysia, para
pencari nafkah golongan berumur 26-55 biasanya berada pada fasa apabila kewajipan
kewangan mereka memuncak dari segi tanggungan, pembayaran balik gadai janji,
tabungsimpanan dan sebagainya.
Oleh itu, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada kumpulan
pencari nafkah ini, sukar bagi kebanyakan keluarga mereka untuk mengekalkan gaya
hidup semasa - malah ada yang mungkin menghadapi risiko kemiskinan, kata Encik
Toi.
Oleh demikian, JANGAN mempertaruhkan takdir orang yang kita sayang
ditentukan melalui nasib atau tuah, apabila tidak sampai serendah RM6 sebulan, kita
mampu membantu memastikan hidup mereka terjamin dan tidak tinggal dalam keadaan
yang teruk- atau bergantung pada bantuan orang lain - apabila kita tiada kelak.
Cinta bukan kata, tetapi adalah TINDAKAN.
Layari STARTER PACK sekarang, untuk mendapatkan pilihan yang
bersesuaian dengan diri masing-masing atau boleh menghubungi khidmat pelanggan Tokio
Marine di 03-20596188, untuk maklumat lanjut.
Okay, perenggan-perenggan di bawah ini adalah maklumat berdasarkan
semakan den melalui telefon dengan pegawai khidmat pelanggan Tokio Marine ye.
Tokio Marine hanya menyediakan pelbagai pelan insurans konvensional.
Tiada pelan takaful ye untuk mana-mana pelan pun termasuklan TokioMarine-StarterPack
- pelan perlindungan dasar ini,
ianya adalah pelan konvensional.
Walau bagaimanapun, den tetap rasa maklumat berkaitan TokioMarine-StarterPack
- pelan perlindungan dasar ini den perlu kongsi memandangkan kita 1Malaysia
kan, yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan agama. So mana la tau ada
sesiapa terbaca blog den nih memang tengah berkira-kira dan mencari-cari pelan
perlindungan dasar yang mampu milik, bolehlah menyemak tentang pelan ini samada
bersesuaian ke tidak dengan diri masing-masing ye.
Maklumat secara ringkas tentang TokioMarine-StarterPack - pelan perlindungan
dasar ini adalah:
Bil
|
Pelan
|
Bayaran
bulanan
|
Had Umur
|
Jumlah
Coverage
|
1
|
Pelan 1
|
RM 15.00
|
18 - 35
|
RM 50,000
|
36 - 55
|
RM 25,000
|
|||
2
|
Pelan 2
|
RM 9.00
|
18 - 35
|
RM 30,000
|
36 - 55
|
RM 15,000
|
|||
3
|
Pelan 3
|
RM 6.00
|
18 - 35
|
RM 20,000
|
36 - 55
|
RM 10,000
|
1. Pendaftaran untuk mana-mana pelan boleh dilakukan secara online
di laman sesawang Tokyo Marine iaitu di STARTER PACK
2. Pembayaran pelan perlindungan dasar ini akan dipotong secara
bulanan melalui kad debit atau kad kredit yang telah dimuktamadkan semasa
pendaftaran.
3. Pembayaran bulanan akan dipotong sehingga peserta pelan berumur
60 tahun.
4. TokioMarine-StarterPack - pelan perlindungan dasar tidak
mempunyai ciri kematangan (maturity) dan nilai pemulangan (refund value) kerana
ianya tidak mempunyai caruman bagi pelaburan dan simpanan.
Ini bermakna
sekiranya peserta pelan masih hidup selepas 60 tahun, caruman bulanan yang
telah dibuat selama ini tidak akan dipulangkan (samada sebahagian atau
keseluruhan). Dengan kata senangnya ‘burn’ gittew.
5. Pelan ini hanya boleh diclaim apabila berlaku kematian sahaja
ye.
6. Bayaran bulanan bagi Pelan ini boleh dikira sebagai salah satu
pelepasan bagi cukai individu LHDN.
7. Kalau berhasrat untuk mencarum bagi Pelan ini, jangan lupa isi
juga borang penama bagi memudahkan urusan claim oleh keluarga terdekat
sekiranya berlaku kematian kepada kita. Untuk urusan penama nih, boleh semak prosedurnya
dengan Tokio Marine nanti ye.
Of course untuk mana-mana Pelan Perlindungan, baik takaful atau
konvensional, ada terms and conditions apply. So kena semak betul-betul ye.
Untuk penerangan lanjut berkaitan TokioMarine-StarterPack - pelan perlindungan
dasar ini, bolehlah hubungi Tokio Marine di:
Telefon : 03-20596188
(Isnin - Khamis : 8.40 pagi hingga 5.30
petang)
(Jumaat : 8.40 pagi hingga 5.20 petang)
0 Comments