Hotel 138@Subang Bestari
Pertengahan
bulan Ogos lepas den ada program di Star Avenue Lifestyle Mall, Bandar
Pinggiran Subang. Programnya mula pukul 9 pagi. Boleh je la kalau nak gerak
dari Shah Alam pun kan tapi disebabkan tak nak bangun awal sangat, tak nak
terkejar-kejar, etc, makanya kita check in la kat hotel bajet yang dok ada
berdekatan dengan tempat kejadian.
Saja
cari peluang nak check in pun iya juga…eh…hehehehhehehehe.
Hotel
nih terletak lebih kurang 700 meter dari jalan raya utama. Ianya berada di
kawasan komersial yang agak baru di Subang Bestari nih. Walaupun masih banyak
rumah kedai yang tidak beroperasi, kawasan ini tetap happening dengan pelbagai
kedai makan yang nampak meriah tapi kitaorang tak sempat nak singgah sebab dah
kepenatan gerak dari Shah Alam lepas kerja tuh.
Rasanya
hotel nih tak sampai setahun pun beroperasi. Hotel masih baru so serba serbi
masih cantik.
Tempat
letak kereta di sekitar kawasan hotel adalah banyak sebab hotel terletak di
corner lot dan ada beberapa ruang kedai berdekatan yang masih kosong, so boleh
je la letakkan kereta di situ. Kitaorang dapat parking kereta betul-betul depan
hotel.
Apa
yang paling menarik kat hotel nih bagi den adalah lobi dia yang besar dan
didekorasikan nampak esklusif walaupun ianya hotel bajet. Hiasan di lobi hotel
nih dah boleh setanding dengan hotel yang berbintang-bintang (den agak je la ye
sebab den tak pernah sampai hotel berbintang-bintang nih, biasa lepak hotel
bajet je hehehehehehe).
Kaunter
reception simple tapi menarik. Tambah molek lagi adalah staff masa kitaorang
check in dah check out adalah bersopan santun orangnya.
Di
lobi nih disediakan deretan sofa untuk kita melepak sambil menonton televisyen
yang boleh tahan besar saiznya. Tapi biasa la gambar-gambar yang den ambil
dengan handphone canggih den ada yang bergoyang sana sini sebab sebelah tangan
pegang handphone, sebelah tangan lagi dok melayan si A yang dok berpaut macam
koala bear tuh.
Di
satu sudut di ruang lobi nih disediakan computer untuk kegunaan tetamu hotel.
Dah jarang hotel sediakan perkhidmatan macam nih sebab semua orang biasanya
guna laptop sendiri atau guna telefon je untuk buat apa-apa urusan but I still
feel happy terjumpa hotel yang ada sediakan kemudahan ni. Tak tau kenapa ada
rasa best je bila terjumpa hotel yang sediakan computer untuk tetamu dia. Dah
tua-tua ni, all the simple and smallest thing pun boleh buat den happy gittew.
Siling
hotel pun agak unik di lobi nih. Macam berombak-ombak camtuh.
Sebelah
kiri lobi, ada disediakan ruang untuk kita melepak sambil minum kopi Starbucks
(Starbucks konon padahal tak pernah minum pun hehehehehe). Tak kisah la kan
kopi Starbucks ke kopi Mak Leha ke apa tapi kita boleh minum sambil membawang
kat sini. Kalau nak buat kerja kat ruang lobi nih pun okay je sebab kerusi dan
meja yang disediakan selesa je.
Eh
cerita pasal lobi hotel je pun dah sampai empat (4) perenggan heehhehehehe.
Hotel
nih menyediakan perkhidmatan lif cumanya nak menyampaikan ke lift tuh kena
menapak naik empat (4) anak tangga. Untuk orang sakit lutut, orang tua yang
jalan berpapah atau ibu mengandung, in sya Allah boleh digagahkan lagi la nak
naik tangga ni walaupun terkelembap tapi untuk sesiapa yang menggunakan kerusi
roda, agak mencabar juga la kalau perlu angkat kerusi roda tuh melepasi
anak-anak tangga nih.
#Kalau
hotel nih nak tambahbaik kemudahan dia untuk lebih mesra OKU, warga emas dan
ibu mengandung, mungkin boleh pertimbangkan untuk ganti tangga nih dengan
laluan gelongsor tuh.
Den
memang puas hati dengan bilik dia. Kemas, bersih dan ringkas. Luas bilik dengan
dua katil single nih just nice untuk family of four macam kitaorang nih.
Katil
dia paling best sebab empuk dan bantal yang tak penyet sangat.
Kemudahan
yang ada macam biasa yang boleh ditemui di kebanyakan hotel bajet yang lain
macam televisyen, tempat sangkut pakaian, cerek, cawan, instant coffee, air
mineral, telefon, etc.
Bilik
air dia je yang weird sikit sebab pakai kaca kan. Makanya bila nak mandi ke apa
jenuh la sikit sebab see through gittew. Dah budak-budak dok bising nampak kita
kat dalam tuh heheehheehehe.
Nasib baik pintu bilik air tak see through jugak |
Shower
berfungsi dengan baik, toiletries disediakan. So den memang happy je la dengan
hotel nih.
Wifi
percuma dia memang best sebab laju.
Seterika
dan iron board ada disediakan di hujung tingkat.
Jarak
hotel nih dengan Star Avenue Lifestyle Mall adalah 5 minit naik kereta.
So
kepada sesiapa yan ada urusan atau sesi berjimbaan di kawasan berdekatan dengan
Subang Bestari nih, bolehlah pertimbangkan untuk menginap di hotel ini.
4 Comments
nampaknya kena stay d sini lah nanti.
ReplyDeleteabam kie jd follower ke 11.
tq
Terima kasih abam kie sudi singgah ke blog kita dan follow kita. Thanks ye
Deleteskarnag kan ade banyak juga hotel2 budget cemni tapi lawa2 n selesa sangat. untuk those yang transit nak rest kalo penat tu bagusla idea ni.
ReplyDeleteSangat....memang best ada hotel bajet. Sesuai la untuk orang biasa-biasa cam den nih ha. Nak berjalan tapi nak bajet-bajet.
Delete