Diagnosis2 merupakan antara buku den beli di MPH Warehouse sale dengan separuh harga yang menghimpunkan 35 cerita pendek daripada tujuh (7) orang Doktor. 
Diagnosis2 yang dicetak pada 2015 merupakan sequel kepada buku Diagnosis (2014) yang den tak baca lagi dan sebelum buku Diagnosis Apokalips yang den dah buat review baru-baru ni di SINI

Buku setebal 359 mukasurat nih berjaya dihabiskan pembacaannya selama 2 hari.
Tema buku ini of course cerita dan coretan tentang hal-hal berkaitan perubatan samada di hospital, di gunung dan pelbagai tempat lain.

Straight forward setiap cerita pendek di dalam buku ini yang dah tentunya diselangselikan dengan frasa perubatan yang diterangkan maksudnya.

Membaca buku yang berkisar tentang penyakit, diagnosis, kematian, etc sememangnya memberi rasa yang mendalam sedikit sebanyak lagi-lagi kalau umur dah macam den nih ha. 

Bila ada pengalaman berkampung di hospital macam den ditambah pula Dr di PPUM dah banyak kali memberi nasihat tentang kadar kolesterol yang makin mencanak naiknya, memang rasa insaf tuh tercuit di hati.

Membawa kita ke alam perubatan, cuba memahami pengorbanan dan perjuangan kakitangan perubatan, etc.

A great read for me.

4 Comments

  1. kena cari di kedai buku berhampiran ni...

    ReplyDelete
  2. kalau minat medical field ke cerita ke sesuai =)

    ReplyDelete
  3. Ha....memang sesuai sangat sebab ada cerita di belakang tabir dan kisah liku-liku kehidupan berkaitan perubatan tuh

    ReplyDelete